Tag Archive: Nabi Muhammad saw


Saudi mahu musnah tapak rumah nabi

Kaherah: Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan merancang memusnahkan kawasan yang dipercayai menjadi tapak rumah tempat Nabi Muhammad (SAW) lahir sebagai sebahagian daripada projek pembangunan.

“Lokasi bersejarah terakhir di negara itu ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW) dan ia amat penting kepada masyarakat Islam sedunia,” kata sejarawan dan Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Warisan yang berpangkalan di Britain, Dr Irfan al-Alawi.

“Ramai tidak menyedari terdapat rancangan memusnahkan kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, rancangan terbaru untuk memusnahkan tapak itu yang kini menempatkan perpustakaan kecil dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks moden, termasuk kediaman imam dan istana diraja.

Perpustakaan kecil yang dibina pada 1950-an itu terletak di atas atas tapak yang dipercayai ulama sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW).

Continue reading

Rasulullah tak berbuka puasa dengan makanan yang ‘mewah’ seperti yang ramai kita nikmati ketika berbuka puasa.

Habiskan duit beratus-ratus ringgit kat hotel-hotel, kerana hendak berbuka puasa.

Habiskan duit berpuluh-puluh ringgit untuk beli juadah yang tak mampu untuk dihabiskan semua.

Kalau habispun, dah tak larat nak sembahyang Tarawih. Sembahyang Maghrib pun belum tentu lagi dapat sebab perut boroi.

Continue reading

Bukan tujuan Melayu Stampin untuk mempromosikan ‘doa-tanpa-usaha’. Tetapi apa yang cuba untuk ditekankan disini ialah, jangan sekali-kali pandang remeh kekuatan doa.

Sebelum mana-mana pembaca hendak mengambil pendekatan ‘doa-tanpa-usaha’ dalam menangani masalah dunianya, Melayu Stampin ingin terlebih dahulu mengingatkan ‘ukur baju di badan sendiri.’

Wallahua’lam.

YAKIN PADA KEKUATAN DOA

Juni 17, 2013

MENGENALI BULAN SYAABAN & MALAM NISFU SYAABAN
(http://hikmah.org.my)

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

Continue reading

“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya ia mengambil (bersiap) tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari)

Karya Otak Beku dot comAdakah Nabi minum kopi ?.

Masyarakat kita cukup sinonim dengan kopi. Ada yang mengatakan kopi adalah minuman sunnah, namun tidak dinafikan dari sudut kesihatan kopi mempunyai kelebihan. Tetapi, adakah kopi ialah minuman sunnah seperti yang diperkatakan sesetengah orang. Setakat saya tahu, tiada satu hadis sahih pun yang menunjukkan Rasulullah pernah meminum kopi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenama produk minuman atau makanan mengunakan label ”minuman sunnah” yang boleh didapati dalam pasaran

Namun, agak pelik jika dikatakan sesetengah orang bahawa Rasulullah pernah meminum kopi kerana mengikut sejarah kopi hanya mula ditemui pada abad ke-9, iaitu 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Saya di sini bukan nak mengutuk tapi berdosa hukumnya berbohong atas nama Rasulullah. Seperti hadis nabi yang bermaksud :

“Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya ia mengambil (bersiap) tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari)

Walaupun di sini tidak menunjukkan kopi haram diminum tapi haram berbohong menggunakan nama Rasulullah untuk melariskan jualan. Ada sesetengah masyarakat menganggap kopi sekarang tak sama ketika kopi zaman Rasulullah. Mereka menyatakan kopi zaman Rasulullah adalah kopi habbatus sauda. Tetapi tahukah anda apakah ia habbatus sauda ?. Habbatus ialah sejenis jintan hitam dan bukannya kopi.

Continue reading