Tag Archive: Ahlu Sunnah wal-Jamaah


23/07/2013

Penularan Syiah lemahkan umat Islam – Dr. Mahathir

ALOR SETAR 22 Julai – Pengembangan ajaran Syiah di negara ini akan memecahbelahkan lagi umat Islam yang pada ketika ini sudahpun lemah kerana perbezaan fahaman politik, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, ajaran berkenaan perlu disekat agar tidak menular dalam masyarakat Islam kerana amat berbahaya sehingga boleh mencetuskan permusuhan seperti mana berlaku di beberapa negara luar.

“Kita tidak menyoal agama mereka tetapi yang kita tahu apabila ada fahaman Sunni dan Syiah, maka selalu berlaku permusuhan sehingga berperang dan membunuh, ini boleh dilihat berlaku di beberapa buah negara seperti Pakistan serta Iran.

“Sebaliknya, di sini kita bernasib baik kerana kita Ahli Sunnah Wal Jamaah, orang Sunni dan pengikut Imam Shafie,” katanya kepada pemberita ketika membeli-belah di Pekan Rabu di sini hari ini.

Continue reading

Abu Syafiq: SEBAHAGIAN ORANG JAHIL DITIPU OLEH PENJAHAT WAHABI KONONNYA WAHABI ADALAH JEMAAH YANG ADIL, TIDAK CEPAT MENGHUKUM ORANG, IKUT SUNNAH, TAAT PADA PEMIMPIN, BERILMU DAN BAGUS SETARAF DENGAN SAHABAT NABI. Fuh!

BOHONG ! DAN DUSTA ! PENGKHIANAT ALLAH TIADA LAIN KECUALI WAHHABI. KAMI YANG MENGKAJI MENDAPATI WAHABI GEMAR MENGKAFIRKAN ULAMA ISLAM DAN UMAT ISLAM. PEMIMPIN ISLAM SEMUANYA DIHUKUM OLEH WAHHABI SEBAGAI KAFIR HALAL UNTUK DIBUNUH. TIDAK CUKUP DENGAN ITU SEJARAH KEZALIMAN DAN KEKEJAMAN WAHHABI TERHADAP ULAMA ISLAM DAN UMAT ISLAM MASIH MENGALIR BAHANG PANASNYA DARAH MEREKA DISETIAP DETIK KEHIDUPAN KAMI. SIAPA AKAN MEMBAYAR DARAH ITU?!

WALLAHI YA IKHWAN! KITA AHLI SUNNAH TIDAK PERNAH MENJENTIK SEORANG PUN WAHHABI WALAUPUN RATUSAN ULAMA DAN PULUHAN RIBU UMAT ISLAM DIBUNUH OLEH WAHHABI. KITA TIDAK MEMBALAS WALAUPUN DARAH PARA ULAMA ISLAM YANG DIBUNUH WAHABI TIDAK DIBAYAR. YANG KITA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH MAHUKAN ADALAH KEHARMONIAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH UMAT ISLAM DAN MEMBERI PERINGATAN AGAR TIDAK TERPENGARUH DENGAN WAHABI MILITAN INI.

Fatwa Khas Ulama-ulama Terkenal Bahwa Wahabi Adalah Militan, Pengganas, Radikal dan Perosak Agama Islam Dan Umat islam:-

Continue reading

Golongan Wahabi hanya menunjukkan kepada masyarakat hadis palsu sahaja mengenai baca Yassin .
Hadis sahih yang benarkan baca Yassin, mereka ( golongan Wahabi ) menyembunyikannya.

HUKUM BACAAN SURAH YASIN MALAM JUMAAT SUNAT

BACAAN SURAH YASIN MALAM JUMAAT HUKUMNYA : SUNAT
PENDAHULUAN
Apakah hukum membaca surah Yasin pada malam Jumaat?. Persoalan ini timbul apabila ada dakwaan yang mengatakan bahawa bacaan Yasin pada malam Jumaat adalah dilarang/ tidak boleh. Senario tidak membaca Yasin malam Jumaat, tidak berdoa selepas solat, tidak bertahlil untuk si mati dan lain-lain lagi, anda dapat melihat trend ini apabila anda berkunjung ke negeri Perlis Indra Kayangan, di sana rata-rata masjid dan surau tidak membaca Yasin pada malam Jumaat, tidak berdoa selepas solat fardu berjamaah, tidak bertalil kematian dan lain-lain.
Sebenarnya para ulamak telah sepakat MEMBOLEHKAN membaca surah Yasin pada malam Jumaat, termasuklah untuk si mati. Fatwa ini telah wujud sejak sekian lama dulu kerana para alim ulmak melihat amalan ini adalah untuk kebaikan dan faedah umat lslam sejagat. Justeru itu saya menyeru umat Islam seluruhnya agar konsentrasi kepada amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sepertimana yang telah diamalkan oleh para ulamak silam. Allah yang mempunyai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, sudah tentu maha pengasih dan maha pemurah akan hamba-hambanya yang membuat amalan-amalan yang mahmudah demi untuk ketinggian agama Islam.
Realistiknya Nabi saw sendiri pernah menyuruh para sahabat baginda supaya berijtihad apabila sesuatu amalan dan hukum itu tiada dalam al-Quran dan hadis. Nabi saw pernah membenarkan Muaz bin Jabal, Abu Hurairah, Ibnu Abbas,Bilal bin Rabah dan lain-lain sahabat berijtihad dan Qias untuk menentukan sesuatu hukum dan amalan demi untuk kebaikan dan kesejahteraan ummah apabila sesuatu hukum itu tidak terdapat dalam al-Quran dan hadis.
Golongan yang menolak bacaan surah Yasin pada malam Jumaat adalah golongan yang amat dangkal dan cetek sekali keilmuannya iaitu golongan yang tidak membaca sejarah dengan teliti. Walaupun mereka berhujah dengan mengatakan bahawa amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat, tidak dilakukan oleh nabi Muhammad saw, maka barangsiapa melakukan sesuatu amalan yang nabi tidak buat orang itu boleh dianggap melakukan perkara “ Bid’ah Dhalalah”( Bid’ah sesat ).

Allah will always be there

Inilah hakikat yang menyelubungi masyarakat Melayu di Malaysia pada masa ini.

Secara amnya, agama Islam yang dianuti oleh Melayu terbahagi kepada sekurang-kurang tiga:

*Ahlus Sunnah Wal Jama’ah

*Wahabi

*Syiah

Ketiga-tiga kumpulan ini sering bersengketa antara satu sama lain.

Continue reading

October 17th, 2012 /pemudamuslim.com

Sebagian besar masyarakat di sekitar kita yang belum memahami agama secara baik memandang bahwasanya seseorang yang memiliki kemampuan luar biasa seperti bisa berjalan di atas air, terbang di udara, bertapa di goa selama empat puluh hari empat puluh malam tanpa makan, minum, dan tidur, adalah para wali Allāh subḥānahu wa ta’ālā. Meskipun jika ditelusuri, ternyata orang yang punya kemampuan luar biasa tersebut tidaklah mengerjakan shālat lima waktu, tidak berpuasa Ramaḍān, dan lain-lain. Asal sudah bisa terbang dan pakai gamis, sudah dianggap termasuk wali. Benarkah demikian? Siapakah wali Allāh yang sesungguhnya?

Siapakah Wali Allāh?

Wali Allāh adalah orang-orang yang dekat dengan Allāh subḥānahu wa ta’ālā dan dicintai oleh Allāh. Mereka dinamakan ‘wali Allāh’ karena memiliki kedekatan khusus kepada Allāh dan karena Allāh mencintai mereka. Allāh ta’ālā berfirman,

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

“Ketahuilah bahwasanya wali-wali Allāh tidak memiliki rasa takut dan tidak bersedih hati. Mereka adalah orang-orang yang beriman dan bertakwa”

(QS. Yunus : 62-63)

Perhatikanlah ayat di atas. Allāh subḥānahu wa ta’ālā menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan wali Allāh adalah orang-orang yang beriman dan bertakwa, bukan orang yang bisa terbang atau bisa berjalan di atas air. Maka, wali Allāh adalah orang yang memiliki dua sifat berikut: “iman dan takwa”.

Barangsiapa mengaku dirinya adalah wali Allāh, atau dianggap oleh masyarakat sebagai wali Allāh, padahal dia tidak beriman dan tidak pula bertakwa, dia bukanlah wali Allāh, melainkan seorang pendusta.

Pandangan Ahlus Sunnah Terhadap Wali Allāh

Al Imam Abu Ja’far Aṭ Ṭahawi raḥimahullāh memaparkan pandangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah terhadap wali Allāh sebagai berikut,

وَلَا نُفَضِّلُ أَحَدًا مِنَ الْأَوْلِيَاءِ عَلَى أَحَدٍ مِنَ الْأَنْبِيَاءِ عَلَيْهِمُ السَّلَامُ وَنَقُولُ: نَبِيٌّ وَاحِدٌ أفضل من جميع الأولياء

“Kami tidaklah melebihkan seorang walipun di atas kedudukan para nabi ‘alaihimus salaam. Dan kami mengatakan : ‘Seorang nabi lebih utama daripada seluruh wali’”

Continue reading