melayu stampin MoH

Malang sungguh nasib rakyat Malaysia dibawah kepimpinan 1Malaysia.

Keadaan ekonomi dijaja sebagai baik tapi hakikatnya Kerajaan Barisan Nasional tiada wang untuk perbelanjaan penting seperti perbelanjaan kesihatan untuk rakyat.

Ada hospital yang terpaksa menghentikan perkhidmatan atas sebab tiada wang.

Malangnya seolah-olah Kerajaan Barisan Nasional cuba untuk tidak ambil  peduli hal ini kerana tidak mahu cerita mengenai hospital-hospital yang mengalami masalah kewangan adalah benar!

Melayu Stampin mahukan kebenaran disajikan kepada rakyat.

Bukannya pembohongan melampau yang bertujuan untuk memastikan Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memegang tampuk kerajaan.

Ya ALLAH! Selamatkanlah Malaysia!!!

 

Advertisements