635957664990267413603811869_chaos

Secara peribadi Melayu Stampin merasakan bahawa terlalu sukar untuk UMNO mempertahankan kekuasaan di Putrajaya.

Isu 1MDB teramat sukar untuk ditepis akibat daripada faktor luaran.

Sekiranya tiada siasatan dan kenyataan yang keras daripada pihak diluar negara, mungkin UMNO mampu melakukan sesuatu untuk memberi gambaran yang memihak kepada mereka.

Malangnya tiada satupun kenyataan-kenyataan dari luar negara yang mampu menangkis pertuduhan yang dilemparkan kepada 1MDB.

Bahkan baru-baru ini ada pihak luar yang memberi gambaran bahawa hukuman yang terbaik kepada pengubahan wang haram ialah hukuman penjara!!!

Melayu Stampin tak dapat bayangkan apabila negara-negara luar mengeluarkan waran tangkap kepada pihak yang terbabit dengan 1MDB untuk dipenjarakan di negara mereka!!!

Malu!!! Malu!!! Malu!!!

Seluruh dunia tiba-tiba memberi tumpuan kepada Malaysia – bukan atas sebab kejayaan yang dicapai tapi disebabkan pengubahan wang haram!!!

Melayu Stampin agak yakin pihak luar berada dilandasan yang benar dalam isu 1MDB.

Ini disebabkan pihak yang terbabit gagal memberi jawapan yang menjawab soalan dengan tepat.

Berkata-kata ala ahli politik yang cuba untuk tidak memberi jawapan yang sebenar.

Yang turut bengang dengan tindakan mempertahankan pihak yang terbabit dengan 1MDB bukan sahaja penyokong pembangkang tetapi juga kerajaan.

Bahkan Melayu Stampin bersetuju sekiranya ada pihak mengatakan isu 1MDB sebenarnya isu penyatuan dan bukannya isu pemecahan.

Rakyat tanpa mengira ideologi politik bersatu dalam menangani isu 1MDB.

ALHAMDULILLAH.

Mungkin isu 1MDB memberi peluang kepada Malaysia untuk berhijrah ke politik yang lebih matang.

Politik yang lebih bermoral dan berhemah daripada sekarang.

Wallahua’lam.

 

 

Advertisements