image

Inilah soalan pertama yang ditanya oleh rakan Melayu Stampin ketika kami berbual tentang politik nasional semalam.

Mungkin pertanyaan ini timbul disebabkan dia tidak pernah mendengar Melayu Stampin menyebut nama ZH buat sekian lama.


Melayu Stampin ketawa dengan pertanyaan ini. Dan kemudiannya memberitahu rakan Melayu Stampin bahawa Melayu Stampin masih menyukai ZH.

Bahkan, Melayu Stampin memberitahunya, Melayu Stampin masih percaya ZH lebih berkeupayaan untuk menjadi PM berbanding NR dan TSMY.

Melayu Stampin memberitahunya Melayu Stampin hanya kurang senang melihat ZH berada di kem pro-Najib.

Kerana pada masa ini, NR bukan lagi dilihat sebagai pemimpin untuk rakyat kerana banyak isu-isu yang gagal ditanganinya dengan baik.

Melayu Stampin kemudiannya memberitahu rakan, sekiranya Melayu Stampin berada diposisi NR sekarang, Melayu Stampin tidak akan meletakkan ZH sebagai DPM.

Rakan Melayu Stampin bertanya mengapa.

Jawapan Melayu Stampin ialah: “Engkau tengoklah nanti.” 😉

Wallahua’lam.

Advertisements