image

Mungkin TSMY mengambil ikhtibar dari sejarah AI yg menyaksikan AI gagal menjatuhkan TMM dengan melakukan penentangan secara terbuka.


Sebagai orang lama dalam politik, sudah semestinya TSMY mengambil kira sentimen akar umbi ketika mengambil keputusan untuk mengolah strategi politiknya.

Bagi Melayu Stampin, TSMY bertindak dengan bijak dengan meletakkan kepentingan parti diatas kepentingan peribadi.

Dengan meletakkan dirinya dalam posisi enggan ‘melenting’, TSMY sebenarnya menyukarkan NR dan sekutunya untuk membunuh karier politik TSMY.

Sekiranya NR dan sekutunya berkeras untuk menolak TSMY keluar dari UMNO, Melayu Stampin percaya UMNO tidak mempunyai sebarang harapan untuk memegang tampuk kerajaan pusat.

Tempoh 3 tahun sebelum PRU14 mungkin lama tapi politik kini tidak sama dengan politik dulu.

Mindset pengundi sekarang tidak sama dengan mindset pengundi dulu.

Mungkin dulu, UMNO adalah segala-galanya untuk orang Melayu.

Tapi AI telah buktikan bahawa rasa meluat yang kuat terhadap UMNO dapat bertahan lama.

NR dan rakan sekutunya boleh menguji kebenaran andaian Melayu Stampin.

Tetapi sebelum itu, buatlah persediaan untuk persaraan kerana sekurang-kurangnya bila telahan Melayu Stampin benar, NR dan sekutunya sudah bersedia untuk bersara.

Wallahua’lam.

Advertisements