image

Pada pandangan Melayu Stampin, bukannya sukar untuk selesaikan kemelut 1MDB.

# Dedahkan laporan awal Jabatan Audit Negara
# Saman Sarawak Report dan WSJ
# Saman TSMY
# Bantu PAC menjalankan siasatan

Tapi NR dan sekutunya lebih cenderung untuk bermain kata-kata, dan pada masa yang sama melakukan tindakan yang dilihat sebagai cuba untuk menyembunyikan sesuatu.

Adakah ini bermakna sekiranya pendedahan sepenuhnya dibuat Kerajaan BN pimpinan UMNO akan tumbang kerana duit RM2 bilion tersebut disalurkan kepada rakan-rakan dalam BN?

Atas sebab itu Najib mesti dilindungi dengan apa jua cara?

Tetapi sekiranya benar RM2 billion untuk rakan-rakan dalam BN dan rakyat, mengapa perlu takut?

Mengapa perlu bertindak seumpama orang yang zalim yang terdesak?

Pada pandangan Melayu Stampin, sekiranya ada tindak balas yang negatif keatas isu RM2 bilion (dan isu 1MDB), semua jari-jari boleh menuding ke arah NR.

NR hanyalah seorang pemimpin – tidak lebih dari itu.

Sekiranya benar NR benar cintakan UMNO/BN, apa salahnya dia berkorban untuk parti?

Mengapa perlu mengheret orang lain, parti, kerajaan, PDRM, Pejabat Peguam Negara, JASA dan banyak lagi semata-mata untuk melindunginya?

Jangan jadikan penyokong UMNO/BN marahkan UMNO/BN hanya disebabkan kegagalan seorang manusia yang bernsma NR.

Wallahua’lam.
 
 

Advertisements