wpid-logo-umno-baru.jpg“This is not good at all for Umno where his action will soon destroy the party. If it happens we know who is to blame.” – Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Mohamad Aziz

Rata-rata penyokong UMNO/BN marahkan Najib Razak diatas tindakannya menggugurkan Muhyiddin dari kabinet.

Bahkan ramai yang melihat tindakan Najib Razak adalah satu usaha yang lebih bersifat kepentingan peribadi yang bukan ‘demi agama dan bangsa’.


Adakah tindakan Najib Razak berdasarkan demi agama dan bangsa?

Adakah Muhyiddin ancaman kepada kepada agama dan bangsa?

Bagi Melayu Stampin, Muhyiddin hanyalah ancaman kepada kerusi yang sedang didudukinya, iaitu Perdana Menteri.

Muhyiddin harus dipuji kerana berani untuk tidak mengikuti telunjuk Najib secara membabi buta tanpa mengetahui maklumat secara terperinci mengenai sesuatu perkara.

Dalam hal 1MDB, mungkin hanya Najib Razak seorang sahaja yang mengetahui secara detail apa yang berlaku.

Maklumat-maklumat yang disalurkan kepada anggota-anggota kabinet hanyalah berdasarkan ‘apa-yang-anda-perlu-tahu’ sahaja.

Isu #1MDB bukannya satu isu yang kecil yang boleh dipandang dengan sebelah mata.

Ia adalah isu besar yang membabitkan billion ringgit yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia – tanpa mengira mereka pengundi BN ataupun tidak.

Semoga ALLAH swt melindungi kita semua daripada kerakusan dan kegelojohan Najib Razak dan rakan-rakannya. Amin.

Wallahua’lam.

Advertisements