image

Secara jujur, Melayu Stampin tidak lagi melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang hebat selepas persaraan ulama PAS dari politik.

Dan pada tahun ini, Anwar hilang pengaruhnya pada tarikh keramat iaitu Februari 12, 2015.

image

Kekuatan Anwar bergantung kepada sokongan PAS.

Tetapi sokongan tersebut berakhir pada tarikh tersebut.

Berdasarkan kepada kekacauan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, ada kemungkinan kempen membebaskan Anwar digagalkan oleh puak dalam Pakatan Rakyat yang mendapat keuntungan bila Anwar gagal dikeluarkan.

Tapi siapa?

Memang mudah untuk menyalahkan BN sebagai menggagalkan kempen tersebut.

Tetapi berdasarkan keadaan Anwar yang tiada lagi taring selepas tarikh keramat, adakah BN khuatir dengan kebebasan Anwar?

Sebelum tarikh keramat tersebut Anwar gagal menarik sokongan rakyat.

Apatah lagi sejak tarikh keramat tersebut!

Persoalannya sekarang ialah – SIAPA?

Wallahua’lam.

Advertisements