swak-for-swkianAda dikalangan rakan Melayu Stampin yang beranggapan Azmin Ali adalah seorang ahli politik yang bijak.

Melayu Stampin bersetuju dengan anggapan ini kerana sekiranya dia tidak bijak, dia tidak akan mampu mengalahkan Anwar Ibrahim, isteri Anwar Ibrahim, anak Anwar Ibrahim dan pengikut setia Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bahkan Anwar Ibrahim sendiri terpaksa menjadi bidan terjun dengan menjadi calon untuk jawatan presiden PKR sebagai usaha untuk tidak memberi laluan kepada Azmin untuk bertanding jawatan presiden PKR.

Tindakan Anwar Ibrahim itu secara tidak langsung mengakui bahawa Azmin adalah seorang ahli politik yang bijak yang berupaya untuk menewaskan isterinya untuk jawatan presiden PKR.

Malangnya Melayu Stampin tidak beranggapan Azmin sebagai seorang ahli politik yang benar-benar bijak hinggakan kebijaksanaannya melangkaui sempadan Semenanjung sehingga ke Sarawak.

Adakah Azmin memandang ringan terhadap semangat ‘Sarawak untuk anak Sarawak’ yang dilaungkan oleh seluruh lapisan rakyat Sarawak?

Adakah dia beranggapan bahawa semangat ‘Sarawak untuk anak Sarawak’ mampu ditangani dengan apa jua slogan kata yang mampu difikirkan oleh mindanya?

Adakah dia beranggapan tanpa tunjuk ajar PKR (dan parti sewaktu dengannya – DAP dan PAS), orang Sarawak tidak mampu untuk memperjuangkan hak anak Sarawak?

Begitu rendah martabat orang Sarawak yang enggan mengikut telunjuk PKR (dan parti sewaktu dengannya – DAP dan PAS) dimatanya?

Azmin sepatutnya berusaha untuk menyelami semangat ‘Sarawak untuk Anak Sarawak’ dengan lebih mendalam sebelum cuba untuk meremehkan kemampuan anak-anak Sarawak berjuang tanpa diajar oleh Azmin dan PKR (dan parti sewaktu dengannya – DAP dan PAS).

Kesombongan seumpama ini hanya akan membuatkan pemimpin-pemimpin tempatan PKR gelisah kerana tiada slogan yang mampu menggugat semangat ‘Sarawak untuk Anak Sarawak’

Bahkan slogan ‘Keadilan untuk Anwar Ibrahim’ tidak juga berupaya untuk menahan gelombang semangat ‘Sarawak untuk Anak Sarawak’!!!

Ini adalah kerana keadilan untuk ANAK-ANAK Sarawak lebih penting daripada keadilan untuk SEORANG manusia yang bernama Anwar Ibrahim!

Wallahua’lam.

Advertisements