2015-02-25 23.16.53Satu persoalan yang menarik.

Mengapa bukan Nurul Izzah yang dihadapan memandangkan dia lebih berpengalaman?

Adakah ini bermaksud Nurul Huda sebenarnya lebih berbakat daripada kakaknya?

Ataupun Nurul Izzah sebenarnya pernah gagal dalam satu tugasan penting sebelum ini; dan ini mengakibatkan Anwar Ibrahim dan isterinya enggan memberi tanggungjawab untuk tugasan ini kepadanya?

Wallahua’lam.

Sekiranya kempen ini berjaya, apa akan terjadi dengan Nurul Izzah?

Karier politiknya malap dan akan berkubur?

Pada pandangan Melayu Stampin, sekiranya hanya untuk mengetengahkan Nurul Huda, tidak perlu untuk memberi satu tugasan yang penting dan begitu mencabar.

Kecuali, kegagalan kempen ini sudahpun dijangka. Sebab itulah Nurul Huda diberi tanggungjawab untuk berada dihadapan sekali. Sebagai satu peluang untuk memperkenalkannya. Tidak lebih daripada itu.

Wallahua’lam.

Walau apapun motifnya, Melayu Stampin ingin berpesan kepada Nurul Izzah: “Sediakan payung sebelum hujan.”

Advertisements