wpid-dap-pas.jpg.jpeg

Adakah PAS, khususnya Dewan Ulama PAS, mampu menangani kumpulan pro-Anwar yang meletakkan Anwar lebih tinggi daripada perjuangan parti?

Adakah Dewan Ulama PAS mempunyai kekuatan untuk menyingkirkan kumpulan pro-Anwar yang menduduki jawatan-jawatan penting dalam PAS?

Adakah Dewan Ulama PAS mempunyai kekuatan untuk menukar YB-YB yang berkiblatkan Anwar dengan YB-YB yang mendokong perjuangan parti?

Adakah Dewan Ulama PAS mempunyai kekuatan untuk mendapatkan semula ketaatan daripada ahli-ahli PAS yang ‘berimankan’ kepada Anwar yang memperjuangkan kesamarataan agama?

Wallahua’lam.

Walau apa pun keputusannya (termasuk kehancuran PAS ditangan penyokong Pemimpin Kesamarataan Agama), Melayu Stampin amat berharap ia akan memberi faedah kepada Islam dalam jangka masa panjang. 

Perjuangan untuk Islam bukan hanya terhad melalui platfom PAS, tetapi ada banyak platfom yang boleh digunakan.

Wallahua’lam.

—– Pas kini berdepan krisis perpecahan dalaman yang makin kronik apabila Dewan Ulama parti itu mengakui wujud cubaan untuk mensabotaj, merungkai dan mempertikaikan kepemimpinan ulama yang selama ini menjadi teras kekuatan parti tersebut.

Punca kepada masalah yang kian membarah sehingga menyaksikan kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang makin tergugat itu pula dikaitkan dengan kepelbagaian aliran pemikiran ahli Pas sendiri yang menyertai parti tersebut selepas era reformasi 1998.

Pengakuan itu yang hadir sehari selepas Abdul Hadi menuntut ke­setiaan selain mengingatkan kepada seluruh ahli Pas supaya jangan mengkhianati jemaah, me­nimbulkan persoalan berapa lama kepe­mimpinan ulama dalam Pas mampu bertahan daripada asakan kumpulan Anwarinas.

Malah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali secara terbuka mengakui, jika serangan ke atas Majlis Syura Ulama dan Abdul Hadi yang digerakkan ahli parti sendiri tidak dihentikan dengan segera, Pas bakal menghadapi kehancuran.

“Akhir-akhir ini kepemimpinan ulama yang menjadi teras kekuatan Pas dan telah dilembagakan dalam perlembagaan Pas cuba disabotaj, dirungkai serta dipertikai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena majlis Multaqa Ulama SeMalaysia anjuran Dewan Ulama Pas yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Serdang Jaya esok.

Menurutnya, Wala’ (ketaatan) sebahagian ahli Pas juga telah beralih kepada pakatan bukan lagi terhadap parti Islam.

“Sedangkan ketaatan itu adalah wajib kepada ketua dalam konteks Islam selagi tidak bercanggah de­ngan syarak. Dalam hal ini kepada Presiden Pas (tetapi) dalam konteks Pas, wala’ itu telah cuba dilanggar serta diingkari oleh segelintir pe­mimpin dan juga ahli.

“Ahli Pas (hal ini berpunca) pascareformasi 1998 mempunyai pelbagai pemikiran atau kecen­derungan yang membawa kepada perpecahan dan serangan ke atas Majlis Syura Ulama serta Presiden jika tidak dibendung segera bakal membawa kehancuran kepada Pas,” katanya.

Baca selanjutnya di sini.

 

 

 

Advertisements