image

Mungkin pada pandangan mereka, PAS tidak akan berani untuk bersendirian seperti dulu kerana ia akan mengakibatkan PAS kehilangan banyak kerusi.


Diperingkat awal penubuhan PR, Cina DAP dan PKR begitu menghormati PAS kerana mereka khuatir PAS akan bertindak keluar dari PR sebelum sempat PR menikmati titik peluh mereka.

Tetapi krisis MB Selangor dengan jelas menunjukkan bahawa pujukan kuasa terlalu kuat untuk tidak diendahkan oleh PAS.

Demi kuasa, ahli-ahli PAS tidak mengendahkan sumpah taat setia yang telah diberikan kepada parti – dua YB PAS menyatakan sokongan terbuka kepada isteri-boneka Pejuang Kesamarataan Agama untuk menjadi Menteri Besar.

Demi kuasa, Tok Guru Abdul Hadi Awang menyerahkan nama ahli PAS untuk dipertimbangkan Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Demi kuasa, Mat Sabu dan Anwarinas membelasah TGAH agar dia akur dengan kehendak Pejuang Kesamarataan Agama untuk meletakkan isteri-boneka sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan perkembangan mutakhir ini, adakah mungkin untuk menidakkan bahawa PAS, seperti parti-parti lqin dalam PR, telah termakan pujukan kuasa sehingga mengakibatkan kekecohan politik Selangor semakin meruncing?

Pada pandangan Melayu Stampin, sekiranya PAS beranggapan bahawa Cina DAP dan PKR akan percaya dengan ugutan untuk keluar dari PR, PAS sebenarnya menampakkan kebodohan parti itu.

Sesiapa percaya PAS akan keluar dari PR bila sudah ternyata PAS juga gila kuasa?

Wallahua’lam.

Advertisements