image

Melayu Stampin melihat tahalul siyasi PAS sebenarnya lebih memanfaatkan syiar Islam secara keseluruhan daripada perjuangan politik PAS.


Sebelum ini mungkin ramai orang Islam tidak ambil berat isu-isu seperti Oktoberfest, dan sebagainya.

Tetapi setelah melihat kebiadapan melampau DAP terhadap Islam sejak kemenangan Pakatan Rakyat mengakibatkan ramai orang Islam, termasuk Melayu Stampin sendiri, mula mengambil sikap peka terhadap isu-isu berkaitan agama Islam yang membabitkan akidah, halal haram dan sebagainya.

Dari segi politik, penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat, terutamanya dalam konteks masyarakat Islam Sarawak, memudahkan kerja-kerja mencantas ideologi PAS daripada menular dalam masyarakat Islam Sarawak.

Ini kerana wujudnya ketidakserasian ideologi DAP dan fahaman keagamaan bawaan PAS.

Ada banyak contoh yang pembaca boleh fikirkan sendiri.

Tetapi keputusan PAS untuk bersama dan membantu DAP mencapai agenda bersama Pakatan Rakyat yang dilihat tidak memihak kepada Islam telah membantu menguatkan anggapan bahawa orang Islam tidak memerlukan PAS untuk memperjuangkan Islam di Malaysia.

Tetapi mengapa ramai penyokong BN yang beragama Islam, seperti Melayu Stampin, beriya-iya berkehendakkan agar PAS menolak DAP?

Setiap orang ada alasan masing-masing.

Tetapi untuk Melayu Stampin, alasannya ialah Melayu Stampin sangat sayangkan Islam dan tak sanggup melihat DAP memperbodohkan PAS untuk mencemar kesucian Islam dengan provokasi-provokasi terhadap Islam.

Melayu Stampin tidak bersetuju dengan tindakan melampau Perkasa.

Tetapi Melayu Stampun lebih tidak setuju dengan kebodohan PAS membenarkan Islam dipijak-pijak oleh DAP atas dasar kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Pada pandangan Melayu Stampin, PAS mempunyai kekuatan tersendiri memandangkan Islam dikatakan sebagai wadah perjuangan.

Agak ramai bekas penyokong BN, terutamanya yang berusia, yang berubah arah dengan memberi sokongan kepada PAS, apabila mereka merasakan masa sudah tiba untuk mereka memberi lebih tumpuan kepada agama, dan bukan ideologi politik semata-mata.

Tetapi kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat telah membunuh aspirasi mereka untuk memperjuangkan Islam melalui PAS.

Melayu Stampin kenal dengan mereka ini memandangkan Melayu Stampin sudah mengenali mereka untuk tempoh yang lama.

Mungkin Melayu Stampin patut memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH swt diatas keizinanNYA dan kehendakNYA agar PAS bersubahat dengan DAP untuk mencemar kesucian Islam, demi kuasa.

Mungkin kerjasama ini menguntungkan PAS dari segi kuasa, di Semenanjung, kerana semangat ABU begitu kuat sehingga apa jua kebiadapan DAP terhadap Islam tidak diendahkan.

Yang penting ialah Asal-Bukan-Umno; dan memandangkan perjuangan adalah ‘peperangan’, maka tidak menjadi kesalahan untuk meletak ALLAH swt di kedudukan tercorot dalam senarai perkara-perkara yang diperjuangkan.

Malangnya, Melayu Stampin dapati ada YB PAS yang kemaruk kuasa sehingga sanggup melupakan janji taat setia dengan parti untuk mencium kaki DAP!

Inikah yang dikehendaki oleh PAS?

Mendapat kuasa dan pada masa yang sama, YB-YB PAS kehilangan akal waras akibat ketagihan kuasa?

Adakah ini nilai-nilai Islam yang patut ada dalam YB-YB sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam?

Atau ini adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang dikecualikan atas sebab PAS sedang ‘berperang’ politik (dengan sesama Islam yang mengucapkan kalimah syahadah sebelum mengakhiri sholat dengan ucapan salam)?

Tetapi, pada pandangan Melayu Stampin, ini hanya akan mengundang kehancuran kepada PAS.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, PAS boleh bermimpi untuk mendapat kejayaan yang menyerupai kejayaan di Semenanjung dalam politik Sarawak.

Kerana semangat ABU tidak sekental di Semenanjung.

Apa jua tindakan PAS yang melacurkan Islam untuk DAP, tidak akan dilihat dari kacamata ABU oleh masyarakat Sarawak.

Justifikasi dari kerangka ABU tidak dapat digunapakai di Sarawak.

Di Semenanjung, mungkin – tetapi bukan di Sarawak.

Sesungguhnya terbukti bahawa ALLAH Maha Perancang  Maha Perlaksana.

Mungkinkah PAS patut dikorbankan untuk menyemarakkan syiar Islam di Malaysia?

Wallahua’lam.

Advertisements