INI KAKI BABI LEH”, AWAS UMAT ISLAM MAKAN DI FOODCOURT DI KUCHING

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuhu.

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Ya ALLAH ampunilah dosa saya seandai apa yang apa saya tulis ini tidak tepat dan seandai nya tepat ia nya keizinan yang maha-Esa.

1.Kejadian ini berlaku di pusat membeli belah The Spring, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Pada 10 /06/14 saya bersama dua orang rakan lebih kurang jam 7:40 pm ketika menikmati makanan di WARUNG RASA INDONESIA yang terletak di Tingkat 1 The Spring Foodbazaar (Food Court) saya merasa curiga dan mengesyaki menu SOTO AYAM SEMARANG yang dihidangkan menggunakan sup kaki khinzir dan bukannya sapi (Lembu).
 
2.Kejadian di sedari apabila salah seorang rakan saya telah ternampak “tulang yang agak meragukan” dalam periuk belanga sup restoren tersebut dan memberitahu saya. Perasaan was-was membuatkan saya terus pergi ke kaunter warung tersebut dan menggesa petugas warung berkenaan membuka periuk belanga serta mengaut isi sup itu. MASYA ALLAH, terkejut saya kerana “keping-kepingan daging” sup tersebut tidak langsung menyerupai potongan-potongan daging lembu atau ayam.

3.Lagi mengeruhkan keadaan apabila salah seorang pekerja di premis tersebut berbohong mendakwa dirinya sebagai seorang penganut agama Islam berasal daripada Indonesia. dan berkahwin dengan orang tempatan berbangsa Cina yang empunya warung tersebut. Saya dan rakan terus menyiasat latar belakang suaminya dan mendapati beliau mengusahakan sebuah non-halal restoran yang terletak di Batu Tiga. (Nama kedai tersebut saya akan dedahkan nanti).

4.Sebelum meninggalkan permis berkenaan, saya menunjukkan gambar tersebut dan bertanya apakah makanan itu kepada sorang amoi Cina yang berkebetulan lalu di sana. Dia memerhati gambar tersebut dan tanpa ragu menjawab, “INI KAKI BABI LEH!!!”

Baca selanjutnya di sini.

Advertisements