wpid-wallahu-alam.jpg

Melayu Stampin lebih gemar sekiranya ‘ganjaran’ untuk pengundi Cina hanya diberikan selepas PRU yang akan datang.


Dan bukannya sebelum.

Melayu Stampin bersyukur diatas kemenangan di Teluk Intan.

Dan Gerakan berhak mendapat bantuan yang setimpal – seperti YB-YB BN yang lain – dalam menjalankan tugasnya.

Tetapi untuk memberi jawatan Menteri agak keterlaluan bagi Melayu Stampin.

Melayu Stampin lebih cenderung kepada pandangan ganjaran diberikan selepas terbukti pengundi Cina kembali dengan jelas ke BN!

Pengundi Cina mesti menunjukkan sikap telus dan bukannya berpura-pura dengan memberi kemenangan kepada BN dengan harapan BN akan memberi durian runtuh kepada semua pengundi Ci a diseluruh negara!

Adakah impek PRK Teluk Intan menyamai PRU?

Adakah BN tidak serik ‘ditipu’ oleh pengundi Cina?

Adakah pemimpin atasan sanggup turun ‘tahta’ sekiranya sangkaan Melayu Stampin benar – iaitu pengundi Cina masih lagi bersama DAP/Pakatan dalam PRU?

PRK Teluk Intan hanyalah satu kerusi sahaja! Manakala PRU ada beratus kerusi!

Wallahua’lam.

Advertisements