image

Memang ada kebenaran dakwaan bahawa DAP mempergunakan calon Melayu di Teluk Intan untuk menonjolkan imej bahawa ia adalah parti yang berbilang kaum – dan bukannya parti rasis Cina.

Pada masa yang sama kehadiran calon Melayu ini dapat membantu DAP untuk menengahkan pendiriannya bahawa parti tersebut tidak menolak Islam – hanya hudud sahaja ditolak.

Malangnya, pada pandangan Melayu Stampin, pemimpin DAP mungkin telah silap dalam percaturan politik dengan meletakkan calon Melayu/Islam.

Para pemimpin DAP perlu sedar bahawa hudud dan Islam adalah dalam satu pakej yang sama!

Mereka tidak boleh mengharapkan mana-mana orang Islam untuk menolak hudud kerana cacatlah keimanan seseorang sekiranya dia menolak hudud!

Ini disebabkan hudud bukannya hukuman ciptaan manusia! Ia ada dalam kitab suci alQuran!

Mungkin para pemimpin DAP tidak peka dengan perkembangan Islam semasa di Malaysia disebabkan terlalu taksub dengan ideologi pegangan mereka!

Alhamdulillah, dakwah-dakwah Islam amat rancak sekali!

Atas sebab ini, semakin ramai orang Islam mampu menghayati Islam dalam erti kata sebenar!

Dulu mungkin Islam di Malaysia hak milik PAS! Tetapi sekarang dunia sudah berubah!

Kesongsangan ajaran Islam PAS mudah untuk dikenalpasti dalam masyarakat Islam yang berilmu pada masa kini.

Penentangan terhadap PAS bukan sahaja berkisar dari segi politik tetapi juga agama!

Bahkan tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan disini bahawa mungkin Umno lebih Ahlu Sunnah Wal Jamaah berbanding dengan PAS!

Banyak fatwa-fatwa PAS yang dirogol oleh the very persons yang mengeluarkan fatwa-fatwa tersebut!

Hidup PAS!!!

Berbalik dengan kisah Dyana.

Melayu Stampin melihat DAP telah melakukan kesilapan kerana ia dapat memaksa Dyana untuk menolak perlaksanaan hukum hudud tetapi ia tidak akan berupaya untuk memaksa Dyana menolak hudud!

Menolak hudud atas sebab perlaksanaan adalah berbeza dengan menolak hudud itu sendiri!

Sebelum ini DAP berpendirian menolak hudud dan perlaksanaannya.

Tetapi kemenangan Dyana akan menjadikan adanya suara-suara sumbang dalam DAP yang mengikhtiraf hukum hudud.

Ini menjadikan DAP tidak lagi 100% menolak hudud!

Disebabkan adanya elemen menerima hudud (yang dapat dibezakan dengan menerima perlaksanaan hukum hudud) dalam DAP – iaitu melalui wakil rakyat Melayu DAP bernama Dyana!

Bahkan dapat juga diertikan disini ialah kemenangan Dyana memberi erti DAP sebenarnya menerima hudud walaupun bukannya perlaksanaan hudud!

Tetapi apabila faktor-faktor yang mampu menggagalkan perlaksanaan yang baik ini dapat ditangani, maka hudud dibenarkan untuk dilaksanakan!

Sebagai orang Islam, Dyana tidak dapat menidakkan hakikat ini!!!

Atas sebab ini, Melayu Stampin berpandangan kemenangan Dyana sebenarnya lebih menguntungkan Islam daripada DAP!

ALLAHUAKBAR!!!

Wallahua’lam.

p/s Akan ada satu undi DAP untuk hudud di Parlimen apabila faktor-faktor mengganggu perlaksanaan hukum hudud dengan adil dan saksama dapat diatasi!

Advertisements