image

Mana-mana parti yang hendak menyertai Barisan Nasional mesti mendapat keizinan daripada semua parti komponen.


Tidak ada pengecualian, termasuk Teras.

Tetapi sekiranya semakin ramai Yang Berhormat menyertai Teras, termasuk yang berada diluar Barisan Nasional, ini akan memberi tekanan kepada semua parti komponen Barisan Nasional.

Adakah parti yang ramai wakil rakyat akan dibiarkan diluar Barisan Nasional dan biarkan mereka dibawah pujukan Pakatan?

Apa yang akan terjadi sekiranya Teras ambil keputusan untuk menyertai Pakatan?

Pada ketika ini, Teras mempunyai 11 kerusi DUN.

Berdasarkan kepada situasi semasa, ada kemungkunin sekurang-kurangnya dua YB yang berada di luar Barisan Nasional akan menyertai Teras.

Dan ini akan menjadikan Teras mempunyai 13 kerusi DUN!

Persoalannya sekarang ialah: Adakah kepentingan Barisan Nasional keseluruhan kurang penting daripada kepentingan parti komponen dalam Barisan Nasional?

Sewajarnya kepentingan Barisan Nasional secara keseluruhan mengatasi segala-galanya!

Sekiranya kepentingan parti komponen lebih penting daripada kepentingan Barisan Nasional, yang pastinya Barisan Nasional tidak akan mampu bertahan.

Walau bagaimanapun, secara peribadi Melayu Stampin lebih gemar ntuk melihat prestasi Teras dalam pilihanraya negeri sebelum keahliannya dalam Barisan Nasional dibincangkan dikalangan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Sekiranya terbukti Teras mempunyai kekuatan, maka ia mesti diterima masuk dalam Barisan Nasional!

Wallahua’lam.

Advertisements