image

Alhamdulillah. Segala Puji untuk ALLAH Tuhan sekalian alam.


Kalau dulu-dulu, memang sukar untuk menangkis tekanan dari PAS: ‘kalau anda orang Islam, anda mesti bantu PAS laksanakan hukum hudud.’

Bila enggan untuk beri sokongan, akan dilempar pertuduhan kafir oleh pencacai PAS.

Tetapi mereka lupa – ALLAH Maha Adil Maha Mengetahui !

Dengan keizinan daripada ALLAH swt, terbukti dengan sejelas-jelasnya bahawa hukum hudud itu hanyalah alat penagih simpati politik PAS sahaja!

Pejuang maya Barisan Nasional seperti Melayu Stampin telah bersedia untuk menolak ketepi persengketaan politik demi hukum hudud.

Sekiranya perlu, ramai pejuang maya Barisan Nasional sanggup memberi tekanan kepada pemimpin Islam dalam Barisan Nasional agar membantu PAS merealisasikan janjinya dengan rakyat Kelantan untuk laksana hukum hudud.

Dan sekiranya ada kejayaan  dari segi membenteras jenayah serta mampu memperelokkan ummah, Melayu Stampin yakin ramai dikalangan pejuang maya Barisan Nasional mahukan hukum hudud yang sama dilaksanakan dinegeri-negeri lain!

Tetapi malangnya, tindakan PAS berkempen untuk calon yang terang-terang menolak hudud mengukuhkan lagi persepsi bahawa PAS bukannya berjuang untuk ALLAH swt tetapi untuk kuasa semata-mata!

PAS perlukan sokongan wakil rakyat beragama Islam diluar Pakatan untuk melaksanakan hukum hudud.

Tetapi PAS berkempen untuk menangkan dua calon Pakatan – iaitu di Bukut Gelugor dan Teluk Intan – yang secara terbuka menolak hukum hudud!

PAS tidak boleh membuat pertuduhan bahawa Barisan Nazional hendak memenangkan calon Barisan Nasional di Teluk Intan yang juga akan mengundi menolak hukum hudud di Parlimen memandangkan presiden PAS sendiri telah membuat pengumuman untuk ‘put on hold’ usaha untuk melaksanakan hukum hudud.

Bola (hukum hudud) ada di dalam gelanggang PAS! Bukannya di dalam gelanggang Barisan Nasional!

Wallahua’lam.

p/s Sampai bila PAS hendak menggunakan agama ALLAH swt untuk kepentingan politik? Wallahua’lam.

Advertisements