image

Melayu Stampin cenderung untuk beranggapan bahawa para pengundi Bukit Gelugor sudah membuat keputusan calon yang akan diundi.


Disebabkan ‘faktor’ ini, mereka enggan membuang masa untuk mendengar ucapan politik di ceramah politik yang akan mengulangi cerita yang sama!

Melayu Stampin tidak tahu sama ada ini adalah berita baik ataupun tidak untuk PCM dan DAP.

Pada pandangan Melayu Stampin calon PCM Huan boleh memenangi pilihanraya kecil ini sekiranya isu hudud berjaya ditangani dengan baik.

Menyentuh tentang isu-isu lain seperti kegagalan kerajaan DAP menjalankan tanggungjawabnya, Melayu Stampjn merasakan isu-isu ini kurang penting berbanding dengan isu hudud.

Penyokong Pakatan telah di brainwashed untuk menyokong Pakatan tanpa ambil peduli kelemahan Pakatan.

Terbaru ialah dalam kes PKR.

Bila Anugerah Tuhan diajukan persoalan tentang kecelaruan dalam pilihanraya parti, dengan selamba dia menjawab – Fokus kepada Reformasi!

Tetapi ALLAH swt Maha Berkuasa.

Bukan semua ahli PKR dapat digula-gulakan dengan kata-kata ‘Reformasi’.

Apa yang PCM perlu lakukan ialah dengan memberi tumpuan kepada bukan penyokong totok Pakatan – dengan harapan mereka ini akan dapat menjadi agen perubahan dalam mempengaruhi lebih ramai penyokong Pakatan untuk mengundi PCM.

PCM mesti bijak menggunakan media massa dan media sosial untuk menyalurkan maklumat perjuangan kepada para pengundi memandangkan mereka enggan menghadirkan diri dalam ceramah-ceramah politik!

Wallahua’lam.

—‘PRK sejuk’ – itu kata calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan ketika diminta mengulas suasana pilihan raya yang sedang berlangsung sekarang ini. Sumber

Advertisements