pas_logo_melayu_stampin_blog.pngKepimpinan PAS Sarawak sepatutnya pro-aktif dalam menangani isu rang undang-undang persendirian mengenai hudud yang akan dibentangkan oleh MP PAS dalam Dewan Rakyat nanti.

Kegagalan untuk memberi penerangan kepada rakyat Sarawak menunjukkan isu hudud ini disengaja untuk digembar-gemburkan untuk tujuan politik.

Iaitu bukannya ikhlas mahukan rang undang-undang hudud diluluskan tetapi sengaja untuk rang undang-undang hudud digagalkan bagi mendapat ‘kemenangan’ politik!

Melayu Stampin merasa hairan dengan pendekatan yang sunyi sepi oleh PAS Sarawak!

Adakah ini membawa makna hukum ALLAH swt bukannya ‘top priority’ kepimpinan PAS Sarawak?

Adakah skop kuasa rang undang-undang hudud ini akan juga membabitkan bukan Islam?

Dan apakah kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut?

Melayu Stampin ingin mengetahui ‘versi’ ataupun elemen ‘keagamaan’ yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut.

Pandangan ‘school of thought’ yang manakah yang diserapkan kedalam rang undang-undang tersebut?

Perlaksanaan hudud nampak seolah-olah mudah.

Tetapi sebenarnya ada perbalahan dikalangan ulama-ulama mengenai isu perlaksanaan.

Yang perlu ditegaskan – yang berbalah ialah individu-individu yang bertaraf ulama; dan bukannya individu-individu yang kurang agama dan hidayah seperti Melayu Stampin!

Merujuk kepada kenyataan menteri muda yang bertanggungjawab dengan hal ehwal Islam di Sarawak, Melayu Stampin amat berharap YB yang berkenaan dapat merujuk kepada pakar-pakar dalam institusi keagamaan dibawah penyeliaannya.

Ada kenyataannya yang pada pandangan Melayu Stampin agak ‘tergelincir’ dari ‘fakta’.

Isu hudud adalah isu agama, pertamanya; dan isu politik, keduanya.

Tak perlu Melayu Stampin nyatakan disini ‘kegelinciran’ yang dimaksudkan.

Sekiranya dia merujuk pakar agama, dia akan tahu.

Akhirkata, sebagai orang Islam, Melayu Stampin dengan rela hati, menyokong perlaksanaan hukum hudud di Malaysia!

Ya ALLAH swt, permudahkanlah. Amin.

Wallahua’lam.

—Sarawak will comply with any decision or stand made by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on the motion of the private bill for hudud. Source

Advertisements