Melayu Stampin bersetuju 1000% kenyataan YB James Masing yang membidas perbuatan bertanya hal-hal berkaitan Islam kepada bukan-Islam ketika ditemuduga untuk biasiswa MARA!

Kerja bodoh!

Budak tu bukannya nak ambil kursus yang berkaitan dengan pengajian Islam!

Dia nak ambil kursus Kejuruteraan Mekanikal di Kolej Mara Seremban!

Apasal la pegawai yang buat temuduga tu bengap sangat!

Sepatutnya budak tu ditanya tentang perkara-perkara yang berkaitan tentang kursus dia sahaja!

Dan bukannya tentang agama Islam!

Kalau nak berdakwahpun, itu bukan caranya!

Sekarang Melayu Stampin nak sentuh tentang tajuk berita!

Apasal editor guna tajuk yang tidak menggambar sepenuhnya kenyataan YB James?

Adakah ini dibuat secara sengaja?

Apakah tujuan dia?

Kalau tidak dilakukan dengan sengaja, adakah ini membawa makna editor tersebut tidak menguasai Bahasa Inggeris di tahap yang tinggi?

Sekiranya ini yang berlaku, Melayu Stampin cadangkan kepada pihak pengurusan agar turunkan pangkat editor tersebut!

Bila tahap penguasaan Bahasa Inggeris dia dah meningkat, baru beri balik jawatan editor kepada dia!

Borneo Post, sebagai akhbar nombor satu di Sarawak, sepatutnya mengambil pendekatan kewajipan sosial dalam mengeluarkan berita.

Satu dunia tahu bahawa isu agama sensitif! Takkan ler editor tu tak tahu!

Yang Melayu Stampin nak tahu, si editor tu faham tak apa yang dia edit?

Kalau faham, apasal tajuk berita tak menggambarkan kenyataan YB James yang sebenarnya?

Adakah editor tersebut berniat jahat terhadap YB James sehingga cuba untuk menggambarkan dia sebagai anti-Islam?

Come on la bro!

Melayu Stampin mengenali YB James secara peribadi!

YB James tak anti-Islam!

Dia seperti mana-mana pemimpin Barisan Nasional iaitu mengamalkan politik ‘accommodating’.

Bahkan YB James adalah pejuang hak-hak Sarawak yang tegar!

Melayu Stampin tau ler 😉 .

Wallahua’lam.

—KUCHING: Land Development Minister Tan Sri James Masing has raised concern over a manner in which non-Muslim candidates are asked to answer Islamic-based questions when being interviewed for their Majlis Amanah Rakyat (Mara) scholarships. Source

Advertisements