anti-dap-melayu-stampin-blog.pngSebenarnya gelaran ‘ukui’ lebih tepat.

Tetapi memandangkan gelaran ‘ukui’ tak ada ‘class’, Melayu Stampin ambil keputusan untuk menggunakan title ‘Penasihat Hal Ehwal Melayu/Islam’ ataupun dipendekkan menjadi ‘Penasihat Melayu/Islam’.

Sedap didengar title tu kan 🙂 ?

Melayu Stampin meminta maaf kerana mungkin Penasihat Melayu/Islam Tokong Chong dah buat kenyataan tentang hukum hudud berserta dengan dalil-dalil menyokong/membantah hudud.

Melayu Stampin ada membuat carian di internet tetapi malangnya tak menjumpai apa-apa tentang ‘hudud-dan-aziz-isa’.

Tetapi mungkin juga komputer Melayu Stampin sudak lapuk sehingga gagal membuat carian.

Mungkin Penasihat Melayu/Islam Tokong Chong boleh bantu dengan membuat saranan kepada Tokong Chong agar dia membeli lebih banyak gadget IT setiap kali dia hendak memberi gadget IT kepada penyokongnya kerana ada kenalan-kenalan Melayu Stampin yang dapat ‘sumbangan-ikhlas-bukan-rasuah’ dari Tokong Chong untuk memudahkan mereka membuat sumbangan kepada DAP.

Boleh ler Penasihat Melayu/Islam Tokong Chong beri satu kat Melayu Stampin bagi memudahkan carian dalam internet 🙂 .

Berbalik kepada isu hukum hudud, Melayu Stampin amat berharap dapat mengetahui pendirian rasmi Penasihat Melayu/Islam Tokong Chong.

Mesti seronok baca kenyataannya memandangkan Penasihat Melayu/Islam Tokong Chong ni smart student jugak ketika dia belajar kat Unimas!

Mesti ada dalil-dalil yang menarik.

Tetapi Melayu Stampin amat berharap dia tak akan berbuat seperti Anugerah Tuhan sehingga mencipta hadis palsu untuk mempertahankan perbuatannya! (Klik sini)

Wallahua’lam.

Advertisements