Quotation-Joshua-Harris-right-time-Meetville-Quotes-241459.jpgApa yang dikatakan Zulkifli Noordin adalah benar.Bahkan tiada dalam kenyataannya yang boleh dilihat sebagai memperlekehkan ‘pemergian’ Karpal Singh.

Tetapi Melayu Stampin akui kenyataan ini menyebabkan ramai merasa kurang senang memandangkan ianya dibuat pada ketika penyokong DAP/Pakatan dan juga rakyat Malaysia merasa sedih diatas pemergian seorang ahli politik yang banyak memberi sumbangan kepada politik nasional.

Pada masa yang sama, tindakan KJ adalah keterlaluan kerana memberi tafsiran ’emosi’ yang melampau terhadap kenyataan Zulkifli.

Mungkin benar apa yang dikatakan oleh seorang blogger, iaitu KJ hendak mendapatkan publisiti dari isu kenyataan Zulkifli.

“Dalam keadaan kemelut kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya” –Zulkifli Noordin

Bahkan Melayu Stampin percaya sahabat baik Karpal iaitu Lim Kit Siang, mungkin akan menunjukkan sikap yang jauh berbeza dari sebelum ini.

‘Fragility of life’ banyak membuka mata minda manusia agar mengambil pendekatan yang berbeza terhadap kehidupan.

Wallahua’lam.

Berbalik kepada kisah pemergian Karpal, Melayu Stampin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada ahli-ahli keluarga Karpal.

Advertisements