entertainment_industry_385x261.jpgDunia seni adalah satu dunia yang seringkali menimbulkan kontroversi.Ini kerana penggiat-penggiat seni seringkali melihat seni itu sebagai satu daya kreativiti yang tidak dibatasi oleh apa jua hukum dunia.

Atas sebab itulah Melayu Stampin tidak terperanjat dengan kenyataan seorang penggiat seni yang meremehkan azab neraka.

Hukum dunia (dan akhirat(?)) dilihat sebagai tidak diaplikasi keatas mereka.

Mereka adalah penggiat seni yang ‘suci’ yang berada diatas hukum dunia.

Ada kemungkinan kenyataan dilakukan diatas kekecewaan kerana ramai gagal menghargai kesenian yang cuba untuk diterjemahkan.

Tetapi apa yang salah, tetap salah.

Apa yang cuba diterjemahkan atau digambarkan tidak lagi sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat Melayu/Islam dewasa ini.

Mudah-mudahan ALLAH swt mempermudahkan urusan dia. Aameen.

—“Aku salah kerana melanggar hukum kemban. Andai kemban membawa aku ke neraka, aku redha.” Sumber

Advertisements