pas_logo_melayu_stampin_blog.pngpower-melayu-stampin-blog.jpgMelayu Stampin tidak terkejut dengan perbalahan muktahir mengenai hudud dikalangan Pakatan.Bahkan sokongan yang diberikan oleh Mursyidul Am dan timbalannya juga tidak memeranjatkan.

Hakikatnya, sebaik sahaja Nik Aziz berundur dari kerusi Menteri Besar Kelantan, Melayu Stampin mentafsirkan peristiwa itu sebagai titik permulaan kepada kejatuhan ataupun kemerosotan pengaruh Anugerah Tuhan keatas PAS, khususnya, dan Pakatan, amnya.

Untuk sekalian lama Melayu Stampin melihat Nik Aziz sebagai ‘alat politik’ yang teramat penting kepada Anugerah Tuhan.

Ketaksuban ahli-ahli PAS terhadap Nik Aziz menyebabkan mereka sanggup membantu Anugerah Tuhan untuk menurunkan status Islam sebagai satu-satunya agama yang diterima Allah swt kepada salah satu agama Tuhan (bukan Allah swt tetapi Tuhan).

Bahkan, berdasarkan pemahaman Melayu Stampin, status Allah swt disamatarafkan dengan tuhan-tuhan yang lain oleh fahaman pluralisme agama anutan Anugerah Tuhan!

Ini dilakukan demi kuasa!

Inikah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS?

Sekiranya benar PAS berjuang untuk Allah swt, mengapa sanggup Allah swt dituruntarafkan oleh Anugerah Tuhan?

Jawapannya ialah – DEMI KUASA!!!

Tetapi sejak berundurnya Nik Aziz dari politik(?), keutamaannya bukan lagi ‘kuasa’. Tetapi persediaan untuk ‘berhijrah’.

Atas sebab itulah timbulnya rasa bersalah dihati Nik Aziz sehingga dia beranggapan dia sedang mengalami proses kifaarah.

Sekiranya ‘proses kifaarah’ adalah begitu penting sekali untuk Nik Aziz, maka Anugerah Tuhan dan DAP boleh lupakan saja niat untuk memberi tekanan kepada PAS.

Menebus dosa lebih penting dari kuasa!

Kecuali Anugerah Tuhan mampu memujuk Nik Aziz dengan berkata mendapat kuasa didunia lebih penting dari ‘kifaarah’ kerana kuasa akan samatarafkan Allah swt dengan tuhan-tuhan lain; dan agama Islam sebagai salah satu agama diterima tuhan, maka PAS Kelantan akan menarik balik keputusan untuk membawa rang undang-undang persendirian berhubung hudud dan qisas ke Parlimen.

Persoalannya sekarang ialah: Mampukah Anugerah Tuhan, yang diketahui ramai sebagai raja putar alam, memujuk Nik Aziz untuk menolak kifaarah demi kuasa?

Wallahua’lam.

Kalau berdasarkan sejarah, Anugerah Tuhan mampu lakukannya!

Tetapi berdasarkan politik semasa, sejak dari berundurnya Nik Aziz, Melayu Stampin merasakan ianya hampir mustahil untuk Anugerah Tuhan berupaya melakukannya.

Bahkan Melayu Stampin percaya Anugerah Tuhan telah menerima hakikat era kegemilangan Pakatan berada dipenghujung disebabkan pengunduran Nik Aziz.

Sebab itulah Anugerah Tuhan seperti seorang yang desperate!

Dia perlukan seorang yang mampu untuk menggengam PAS seperti Nik Aziz bagi merealisasikan cita-cita politiknya!

Malangnya, hanya seorang sahaja yang mampu melakukan apa yang berupaya dilakukan oleh Nik Aziz – iaitu Nik Aziz sendiri!

Ramai pemimpin PKR menyedari hakikat ini. Sebab itulah adanya gerakan untuk membawa PKR keluar dari bayangan Anugerah Tuhan kerana Anugerah Tuhan adalah aset bila adanya Nik Aziz; tetapi menjadi liabiliti bila tiadanya Nik Aziz!

‘Penghijrahan’ Nik Aziz adalah ‘kematian’ Anugerah Tuhan!

Wallahua’lam.

Ya Allah swt, panjangkanlah usia Nik Aziz dan ibubapaku; dan sihatkan mereka; dan ampunkahlah dosa-dosa mereka. Amin.

—Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai oleh Pas tiba-tiba bertekad untuk membawa rang undang-undang persendirian berhubung hudud dan qisas ke Parlimen secepat mungkin.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah amat bertegas dengan perkara ini. Apakah tekad Pas Kelantan itu telah dibincangkan di dalam Syura Ulama Pas atau kepimpinan tertingginya?

Sehingga kini Abdul Hadi tidak menyatakan pendirian mengenainya. Apakah keputusan Pas Kelantan ini bercanggah dengan keputusan Presiden Pas sewaktu membentang kertas kerja hudud pada 28 September itu seperti bercanggahnya pendirian Abdul Hadi mengenai isu kalimah Allah dengan kepimpinan ulama?

Anwar yang mempengerusikan pertemuan pada tarikh itu sehingga kini belum membuat kenyataan. Hanya Timbalan Presidennya, Azmin Ali menyatakan bahawa Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.

Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, tetap mempunyai pendirian yang sama. Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, dan Naib Presiden PKR, N. Surendran menyatakan bahawa hudud bukanlah konsensus atau persetujuan bersama Pakatan Rakyat.

Jelasnya, DAP dan PKR merujuk kepada keputusan 28 September itu untuk tidak menerima agenda hudud dalam agenda perjuangannya. Ia bercanggah dengan pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz dan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din yang mahu DAP menghormati keputusan kerajaan Pas Kelantan itu. Sumber

Advertisements