power-melayu-stampin-blog.jpg

Melayu Stampin ingin mengucapkan jutaan terimakasih kerana berjuang diatas platfom Melayu!Melayu Stampin amat berharap kesediaan untuk menggunakan platfom ini akan membantu semua pihak berkenaan untuk dapat menerima kesinambungan dan memperkasakan kepimpinan Melayu dalam PKR.

Dengan penegasan oleh Saifuddin, maka benarlah telahan Melayu Stampin – iaitu Tian Chua dipaksa berundur kerana orang Melayu dalam PKR tidak bersedia menerima bukan Melayu sebagai Timbalan Presiden PKR!

Bila Baru, See dan yang seangkatan nak pakai baju Melayu?

Patut ler Tian Chua asyik guna baju Melayu sebelum ini!

Akhirkata kepada Baru, See dan seangkatan – jangan jadi kacang lupakan kulit! Ingat jasa Melayu kepada anda!

Hidup Melayu! Hidup PKR sebagai parti Melayu!

—Dalam masa yang sama, Saifuddin turut menjelaskan bahawa pendirian beliau berkenaan parti PKR sebagai parti Melayu masih kekal walaupun Azmin sebelum ini memberitahu PKR adalah parti berbilang kaum.

Saifuddin berkata, hujahnya adalah berdasarkan kiraan komposisi anggota parti itu yang separuh daripada ahlinya adalah orang Melayu.

“Saya melihat PKR dengan komposisinya kiraan hampir 50% Melayu, 12% Cina, 20% India dan 18% Sabah dan Sarawak. Jadi 50% komposisi terdiri dari Melayu.

“Sekarang bagaimana kita nak definisikan kompisisi begini. Ini adalah parti pelbagai kaum. Tapi saya lihat dari perspektif separuh daripada suara Melayu Islam yang mendukung agenda pelbagai kaum dan agenda Malaysia… makanya tonggak kepimpinannya Melayu.

“Realitinya adalah parti ini juga mendokong institusi Raja-raja dan iktiraf Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, bermaksud ini diterima oleh ahli-ahli parti bukan Melayu seperti mana ahli-ahli Melayu dan bukan Melayu menerima perkara ini..this is the beauty of PKR.” Source

Advertisements