power-melayu-stampin-blog.jpgsex-is-like-pizza-when-its-good-its-good-when-its-bad-its-still-good_1397035095827_o.jpgMelayu Stampin tersenyum bila membaca nukilan tentang MB Khalid Ibrahim yang dikatakan ada skandal dengan janda.

Tersenyum kerana Melayu Stampin teramat pasti pertuduhan skandal ini tidak akan mampu menggugat Khalid. (Klik sini)

Pada pandangan Melayu Stampin, ahli-ahli Pakatan Rakyat terdiri dari mereka yang tidak rasional.

Mengapa Melayu Stampin kata tidak rasional?

Kalau pelaku skandal seks adalah pemimpin atasan Umno ataupun BN, kemungkinan besar karier politik pemimpin tersebut akan berakhir.

Penolakkan bukan dilakukan oleh rakyat, tetapi oleh ahli-ahli Umno/BN itu sendiri.

Tetapi sebaliknya berlaku dalam Pakatan.

Apa jua skandal – baik wang ataupun seks – tidak akan berupaya untuk menjatuhkan mereka.

Sudah terang tanpa bersuluh, identiti pelaku skandal sudah diketahui tetapi karier politik bukannya merundum tetapi makin bersinar!

Hihihihihi

Satu budaya politik yang pelek kerana mungkin hanya di Malaysia sahaja budaya politik seumpama ini tumbuh dengan subur.

Kalau hendak kekal diatas, buatlah skandal.

Bukannya ahli-ahli tidak percaya tetapi mereka akan membela pelaku skandal demi ‘kuasa’.

Kegilaan terhadap kuasa bukan sahaja meresapi dalam PKR dan DAP, tetapi juga dalam parti yang memperjuangkan agama Allah swt.

Demi perjuangan agama Allah swt, perbuatan haram dibenarkan?

Demi perjuangan agama Allah swt, pelaku aktiviti haram mesti dilindungi?

Yang memusykilkan Melayu Stampin ialah mengapa bai’ah dilakukan terhadap parti, dan bukan Allah swt?

Kesetiaan kepada parti lebih penting dari kesetiaan kepada Allah swt?

Wallahua’lam.

Melayu Stampin merasa jelek dengan pendekatan politik seperti ini.

Tetapi untuk mengharapkan agar ahli-ahli Pakatan menolak kejelekkan budaya politik ini, ianya seperti menunggu kucing bertanduk!

Pada pandangan Melayu Stampin ialah, buat masa ini, hanya satu sahaja jalan yang dapat dilakukan – iaitu dengan merayu bukan ahli-ahli Pakatan agar bersama-sama BN menolak budaya politik kuning ini demi kemoralan yang tinggi untuk ahli-ahli politik Malaysia!

Pemimpin Pakatan bercakap tentang keadilan dan ketelusan tetapi dari segi moral, mereka begitu korup sekali!

Inikah pemimpin-pemimpin yang kita kehendaki untuk mewarnai masa depan anak-anak kita?

Wallahua’lam.

Advertisements