power melayu stampin bloganwar-liar.jpgSejak akhir-akhir ini Anwar Ibrahim the Psychopath semakin kehilangan sentuhan ajaibnya.

Pada masa ini dia seolah-olah dikelilingi oleh ‘pemberontak-pemberontak’ yang tidak memperdulikan statusnya sebagai Anugerah Tuhan.

Dulu para pemberontak inilah penyokong setianya. Tapi keadaan sudah berubah.

Setakat ini, dua orang pemberontak sudah berani menunjukkan penentangan secara terbuka – iaitu Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.

Walau bagaimanapun Anwar bernasib baik memandangkan Azmin dan Khalid – buat masa ini – tidak sebulu.

Hubungan kedua-duanya seringkali mencetuskan konflik diantara mereka.

Tetapi beberapa insiden muktahir mungkin memberi aspirasi kepada kedua-duanya untuk ‘bergabung tenaga’ memandangkan pertelingkahan kedua-dua mereka hanya akan mengakibatkan karier politik salah seorang dari mereka mungkin akan pudar – sekiranya berlaku pertembungan diantara mereka dalam pilihanraya parti yang akan datang.

Risiko yang agak tinggi.

Oleh itu Melayu Stampin tidak menolak kemungkinan kedua-dua mereka amat tertarik dengan keputusan PRK Balingian kerana sekiranya PKR gagal menghasilkan prestasi yang memberangsangkan, ia mungkin memberi petanda bahawa Anwar Ibrahim semakin ‘tenat’.

Pengaruhnya semakin lemah!

Ini menjadikan Baru Bian dalam kedudukkan yang genting kerana sekiranya prestasi PKR memalukan Anwar, ia mungkin dijadikan alasan bahawa Anwar perlu memberi ruang kepada kepimpinan baru untuk menerajui parti.

Dan kepimpinan baru itu merupakan gandingan diantara Azmin dan Khalid.

Lebih membimbangkan lagi ialah Baru hanyalah boneka Anwar dan dia tidak mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

Sebelum ini ‘perlantikan’nya sebagai Pengerusi Negeri PKR mendapat tentangan dari beberapa kumpulan dalam PKR Sarawak.

Tetapi kesemua mereka terpaksa akur dengan keputusan Anwar Ibrahim yang mahukan seorang yang ‘lemah’ sebagai ketua agar mudah untuknya mendapatkan ‘kesetiaan’.

Namun sekiranya ada pemberontakkan dalam pilihanraya parti yang akan datang, Anwar akan menghadapi masalah besar untuk mendapatkan sokongan padu dari Sarawak.

Atas sebab itu, Baru mesti pastikan prestasi PKR memberangsangkan dalam PRK Balingian.

Masa depan Baru sebagai Pengerusi Negeri PKR bergantung kepada prestasi PKR dalam PRK Balingian.

Good luck Baru!

—However, it is believed that Anwar is not too keen on letting the leadership mantle to be handed over to either Azmin or Khalid.

To avoid this scenario, he is said to have picked on PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail to also contest for the deputy’s post.

“There has been a major fallout between Anwar and Azmin. Anwar knows he cannot control or trust Azmin from behind bars. And he does not want Khalid to be the de facto chief in his absence.

“The one person who he trusts right now is Saifuddin, thus the reason for him to go for the No 2 post. When Anwar goes to prison, he will still be in charge, with Saifuddin doing the leg work,” said the insider. –Source

Advertisements