Sumber memberitahu di ketika ramai pemimpin PKR memberi tumpuan kepada PRK Kajang, Azmin Ali dikatakan berkunjung ke Sarawak untuk mengatur strategi untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PKR.

Azmin telah mengunakan PRK Balingian untuk mendapatkan sokongan Hafsah Harun, seorang pemimpin senior parti di Sarawak.

Azmin telah menolak ketepi calon pilihan Baru Bian (Rafidin) dan memilih calon pilihan Hafsah (Jalil Bujang).

Dia tidak perlu khuatir dengan Baru kerana Baru ialah orang Anwar Ibrahim the Psychopath di Sarawak.

Dalam pilihanraya parti yang akan datang, Anwar akan berganding bahu dengan Azmin untuk ‘membunuh’ satu-satunya ahli PKR yang berjaya membuatnya tersungkur di gelanggang politik negeri Selangor dengan memberi pukulan demi pukulan sehingga Anwar tidak mampu melawan.

Maruahnya sebagai Anugerah Tuhan tercemar oleh budak hingusan politik ini!

Tetapi persoalannya sekarang ialah: Adakah Baru akan berdiam diri sahaja setelah dia, sebagai Pengerusi PKR Sarawak, dimalukan?

Adakah Baru ataupun penyokongnya akan sabotaj kempen calon pilihan Hafsah?

Sama-samalah kita saksikan!

Walau bagaimanapun, tahniah kepada Azmin kerana apa jua keputusan PRK Balingian, pemenangnya tetap sama, iaitu Azmin Ali!

Khalid, apa tindakkan anda memandangkan Sabah dan Sarawak sudah dibelakang Azmin Ali?

Advertisements