Melayu Stampin amat menghormati Tuan Guru Dr. Harun Din.

Sebab itulah Melayu Stampin tidak pernah mengkritik dia secara langsung.

Melayu Stampin merasa selesa dengan keperibadian dia – dan sayang sekali pemimpin seperti dia tidak diletakkan ahli-ahli Pas sebagai Presiden Parti.

Tokoh agama seperti Ustaz Dr. Haron Din sudah semestinya berusaha untuk mengamalkan sikap tidak prejudis ataupun bersangka-buruk walaupun sudah terang tanpa bersuluh seseorang sudah bersalah.

Atas sebab itu, Anwar Ibrahim tidak boleh beranggapan bila dia bersama Ustaz Dr. Haron Din, dia sebenarnya ‘bersih’.

Sekiranya itulah mesej yang hendak disampaikannya maka dia perlu meminta maaf kepada Ustaz Dr. Haron Din kerana dipergunakan untuk tujuan yang jahat.

Mana-mana bloger BN yang menelanjangkan keaiban Anwar tidak boleh dipersalahkan 100% kerana Tok Guru Hadi Awang yang telah ‘memfatwakan’ tentang keperluan untuk membongkar kekotoran dan kehitaman hati bakal pemimpin yang hendak dipilih.

Dalam konteks ini, Anwar beraspirasi menjadi pemimpin agung Malaysia. Maka keaibannya perlu dibongkar!

Jangan salahkan bloger BN tapi salahkan Tok Guru Hadi Awang!

Rata-rata bloger BN tidak mereka-reka cerita tentang kes liwatnya memandangkan ada rekod bertulis di mahkamah yang mengatakan Anwar terlibat dalam aktiviti liwat.

Bloger BN hanya mengulangi apa yang dinyatakan oleh pihak hakim.

Anwar, bukan semua manusia dapat anda ‘tipu’ dengan agenda jahat anda.

Adakah dengan bergambar dengan Ustaz Dr. Haron Din secara automatiknya dia juga bersetuju dengan agenda ‘pluralisme agama’ anda?

Semoga ALLAH swt menunjukkan kekuasaanNya diatas niat jahat anda – sekiranya anda berniat jahat. Amin.

Advertisements