anwar pm melayu stampinMungkin inilah kali pertama dalam sejarah kehidupan politik Anwar Ibrahim bila kisah politiknya tenggelam dan tidak mendapat perhatian hangat daripada masyarakat tempatan dan dunia.

Sebelum berlakunya kejadian malang #MH370, Anwar begitu tinggi nilai beritanya sehinggakan bila dia berbohong tentang ‘blackout’ di PRU-13, tiada satu akhbarpun yang tidak menulis pembohongan ini dengan penuh keghairahan – dalam konteks mengiakan ataupun menidakkan pembohongannya.

Dia dilihat sebagai pejuang keadilan sejati walaupun penuh dengan pembohongan!!!

Tetapi sekarang, nilai beritanya telah jatuh menjunam seolah-olah dia telah menjadi ‘yesterday’s news item’ dalam sekelip mata sahaja!

Ini menyebabkan ramai para penyokongnya (dan mungkin para penyokong Khalid Ibrahim dan Azmin Ali tidak menyokong tindakan Anwar dan para penyokongnya) merasa teramat marah sehingga sanggup membuat tuduhan bahawa kejadian malang yang menimpa MH370 ada kaitan dengan Najib Razak!

Satu tuduhan yang melampau daripada para penyokong Anwar (dan mungkin tidak dipersetujui oleh para penyokong Khalid dan Azmin) !!!!!

Anwar dan para penyokongnya khuatir sekiranya mereka gagal menimbulkan tumpuan dan minat yang tinggi terhadap keputusan kes liwat sekarang, mereka mungkin tidak berpeluang untuk melakukannya di masa depan.

Tetapi malang sekali, ALLAH swt ada perancanganNya sendiri.

Buat masa ini, Anwar adalah ‘yesterday’s news item’ dan kes liwatnya adalah ‘cerita basi’.

Mampukah Anwar melakukan keajaiban dengan meletakkan dirinya sebagai ‘hot news item’ mengalahkan MH370 dalam situasi sekarang?

Sekiranya tidak, mampukah Anwar melonjakkan tumpuan dan minat masyarakat tempatan dan dunia terhadap dirinya, kesnya dan ‘konspirasi’ terhadapnya ke tahap yang tinggi bersesuaian dengan statusnya sebagai perjuang keadilan ‘palsu’ sejati, selepas selesainya aktiviti pencarian MH370?

Ramai yang berminat untuk mengetahui sama ada dia mampu ataupun tidak kerana inilah kali pertama dalam kehidupan politik Anwar, dia hanyalah ‘yesterday’s news item’!

Akhirkata, Selamat Ditalqinkan kepada Anwar Ibrahim.

Advertisements