Anwar Ibrahim lebih mengancam sekiranya dia berada didalam penjara – inilah pendapat umum mengenai Anwar.

Adakah ini bermakna Anwar akan ‘dikorbankan’ oleh pemimpin PKR demi PKR dan PR?

Adakah ini bermakna ada pemimpin-pemimpin senior PKR dan PR akan berusaha untuk memastikan Anwar akan merengkok dalam penjara?

Adakah Anwar sudi membiarkan dirinya dipenjarakan demi kejayaan politik PKR dan PR?

Sekiranya ‘strategi penjara’ berjaya membantu PKR dan PR merampas Putrajaya, adakah Perdana Menteri yang baru bersedia untuk mengeluarkannya dari penjara dan kemudiannya mengosongkan jawatan tertinggi itu untuk dia?

Adakah Anwar pasti Perdana Menteri yang baru itu bukannya klon Khalid Ibrahim?

Yang pasti ialah Anwar tidak dapat tidur lena malam ini.

Advertisements