Archive for February, 2014


Disaat Anwar Ibrahim perlukan sokongan rakan seperjuangan dalam PR, PKR Selangor melukakan hati rakan dalam PR dengan menyatakan sokongan keatas tindakan mahkamah terhadap Presiden PAS Tok Guru Abdul Hadi Awang.

Hanya ada dua kemungkinan:
1) PKR Selangor cuba sabotaj Anwar Ibrahim; atau
2) Anwar tidak perlu sokongan ahli-ahli PAS untuk memenangi DUN Kajang.

Kes saman Presiden PAS: PKR Selangor sokong tindakan Mohd Shamsul

SHAH ALAM: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie menyifatkan kes saman bekas calon parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pengajaran kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa fakta yang jelas.

Continue reading

Advertisements

AMMAN: Jordan memberi amaran sedia mengkaji semula perjanjian damai dengan Israel yang dimeterai pada 1994 selepas parlimen Israel mula membahaskan usul membenarkan upacara ibadat Yahudi dijalankan di kawasan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

“Sekiranya Israel mahu mencabul perjanjian damai dalam isu ini, seluruh perjanjian termasuk syarat-syarat dan butirannya perlu dirundingkan semula,” kata Perdana Menteri Jordan, Abdullah Nsur dalam satu wawancara dengan akhbar Al-Watan di Qatar.

Di bawah perjanjian tersebut, Jordan diberi hak sebagai penjaga masjid suci umat Islam itu.

Kenyataan Abdullah itu dibuat menyusul keputusan parlimen Jordan meluluskan usul mendesak duta Israel ke negara itu, Daniel Nevo supaya diusir keluar.

“Cubaan Israel itu boleh membawa kepada pencabulan perjanjian antarabangsa ketika mana masyarakat dunia berusaha mencari perdamaian antara Israel dan Palestin,” kata jurucakap kerajaan Jordan, Mohammad Momnai kepada agensi berita Petra.

Continue reading

Saudi mahu musnah tapak rumah nabi

Kaherah: Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan merancang memusnahkan kawasan yang dipercayai menjadi tapak rumah tempat Nabi Muhammad (SAW) lahir sebagai sebahagian daripada projek pembangunan.

“Lokasi bersejarah terakhir di negara itu ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW) dan ia amat penting kepada masyarakat Islam sedunia,” kata sejarawan dan Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Warisan yang berpangkalan di Britain, Dr Irfan al-Alawi.

“Ramai tidak menyedari terdapat rancangan memusnahkan kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, rancangan terbaru untuk memusnahkan tapak itu yang kini menempatkan perpustakaan kecil dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks moden, termasuk kediaman imam dan istana diraja.

Perpustakaan kecil yang dibina pada 1950-an itu terletak di atas atas tapak yang dipercayai ulama sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad (SAW).

Continue reading

Saman RM2 Juta : Hadi Dibisikkan Supaya Letak Jawatan Presiden PAS ?

by  on Feb 26th, 2014 ·

AIDCNews – 26/2/14 – Blog ahli PAS, Cenangau Daun Kari berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Ahad lalu yang mengarahkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin memalukan ahli-ahli parti tersebut.

“Tak kira la macamana cara sekali pun tapi para penasihat yang hebat-hebat yang ada di sekeliling Tuan Guru Presiden perlu perah otak cari jalan untuk bersihkan Tuan Guru Presiden dari isu pil kuda yang memalukan ni.

“Kalau perlu dikambinghitamkan seseorang untuk bersihkan Tuan Guru Presiden PAS ‘wajib’ korbankan seseorang tu. Atau kalau ada seseorang yang sanggup jadi kambinghitam dan dengan dia dikambinghitamkan nama Tuan Guru Presiden dan PAS akan jadi bersih, itu lebih baik.

“Tapi kalau Tuan Guru Presiden sanggup berlapang dada dan berjiwa besar mengambil tanggungjawab atas isu ni dengan mengumumkan perletakan jawatan, itu adalah proses pembersihan yang terbaik untuk PAS.

“Dan aku yakin kalau kena dengan ‘skrip’nya, akhirnya Tuan Guru Hj Hadi akan terus ‘terpaksa’ pegang jawatan Presiden PAS tu,” katanya dalam artikel bertajuk “Wajarkah Presiden PAS berundur atas isu pil kuda ?.”

Continue reading

KUALA TERENGGANU 23 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.

Prosiding berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Continue reading