PUTRAJAYA 10 Sept – Wakil Paderi The National Evangelical Christian Fellowship (NECF) hari ini meremehkan sensiviti umat Islam berhubung isu kalimah Allah apabila menyifatkan nilai sensiviti bumiputera adalah lebih penting.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Yap berkata, nilai sensiviti bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih penting dan perlu diutamakan.

“Jika umat Islam merasakan kalimah Allah ini penting, kami juga merasakan hak bumiputera adalah penting.

“Bumiputera sudah lama menggunakan kalimah Allah, jadi kenapa mahu ditukar?,” soalnya kembali kepada wartawan.

Ujarnya lagi, mereka akan terus memperjuangkan hak milik untuk mendapatkan penggunaan kalimah Allah ini dalam bible terbitan mereka.

Beliau ditemui semasa perbicaraan sedang berlangsung di luar bilik perbicaraan.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mendengar rayuan penuh kerajaan untuk membatalkan larangan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

Advertisements