PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bersetuju menerima keputusan pilihan raya umum ke 13 (PRU13), dan sekali gus memberikan isyarat kesediaannya untuk berdialog dengan kerajaan.

Dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56, Anwar berkata, Pakatan Rakyat bersedia menerima keputusan PRU-13 dan turut mencadangkan pertemuan segera diadakan dengan BN bagi membincangkan masalah negara.

“Titik pertemuan BN dan Pakatan perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok.

“Kami cadangan dialog terbuka secara telus dan kondusif,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Anwar bagaimanapun berkata cadangannya supaya dialog diadakan bukan kesediaan Pakatan untuk memulakan rundingan perpaduan dengan kerajaan.

“Dialog seperti ini dilakukan dalam demokrasi tulen,” katanya. –

 

http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkcJFmaQ=%3D#.UiEkwClZ_oo.facebook

Advertisements