Remaja perempuan lapor polis diintai datuk ketika mandi

August 20, 2013

MIRI: Seorang remaja perempuan tampil membuat laporan polis dengan mendakwa diintai oleh datuknya ketika mandi.
Menurut sumber, ketika kejadian jam 2 petang, 17 Ogos lalu, remaja berusia 13 tahun itu mendakwa sedang mandi di bilik mandi rumahnya yang terletak di kawasan Pujut Corner di sini.

Ketika sedang mandi di bilik mandi yang terletak di tingkat bawah rumahnya yang diperbuat daripada kayu, dia mendapati ada seseorang sedang mengintainya menerusi satu lubang kecil.

Setelah diamati, mangsa mendapati orang yang mengintainya adalah datuknya sendiri yang berusia 66 tahun.

Berikutan itu, mangsa yang bimbang akan keselamatannya kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri di sini semalam. –Sumber

Advertisements