Datuk Wong Soon Koh and Dr. Jerip Susil, why only 5 hours? 

Can make it longer?

Let those who sought treatment at the SGH to have enough rest before seeing doctors.

surprise 5 jam

Tunggu 5 jam, hanya dapat panadol, ubat luka
17 Ogos 2013

KUCHING – Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menyarankan supaya perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dipertingkatkan memandangkan ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.

“Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka,” katanya.

Juanda membuat saranan itu berikutan kedatangannya ke HUS untuk mendapatkan rawatan bersama isterinya ekoran mereka dirompak di rumah di Samariang, dekat sini oleh dua lelaki bersenjatakan pedang samurai, awal pagi semalam.

Insiden kira-kira 4.30 pagi itu menyebabkan beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak berkenaan.

Isteri beliau turut cedera di tangan dan muka manakala pembantu rumah mereka mengalami kecederaan di belakang kepala dan mulut.

Menyentuh isu jenayah, Juanda berkata sebuah lagi balai polis perlu diwujudkan di Petra Jaya, memandangkan kawasan tersebut berada dalam kawasan Bandaraya Kuching dan semakin membangun.

Beliau berkata dalam masa yang sama, bilangan anggota polis di Balai Polis Gita, dekat sini perlu ditambah, selaras dengan peningkatan jumlah penduduk dan keluasan kawasan kawalan.

“Kedua-dua langkah ini dilihat penting bagi mengawal keselamatan penduduk dan meningkatkan usaha memerangi jenayah di sekitar Petra Jaya dan kawasan yang terletak berjauhan dari Kampung Gita,” katanya.

Juanda turut berharap pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan polis dalam menjaga keselamatan dengan memasang lebih banyak lampu jalan di beberapa laluan kawasan perumahan.

“Langkah itu dilihat wajar kerana majoriti penduduk di kawasan perumahan membayar cukai pintu dan mereka berhak mendapat jaminan keselamatan tersebut,” katanya. –Bernama

Artikel berkaitan: Perompak meminta maaf kepada Mufti Perlis

Advertisements