Archive for August, 2013


Rakan Melayu Stampin membebel — anak perempuannya yang bersekolah agama tak tahu apa itu Syiah.

Dia kata dia terperanjat bila tengok gambar Tok Guru PAS kat telefon bimbit anaknya.

“Aku tanya dia (anak perempuannya) samada dia tahu apa itu Syiah?” kata kawan Melayu Stampin.

Kawan Melayu Stampin menambah bila anak perempuannya kata tak tahu, dia naik angin.

Lepas tu dia tanya sama ada kat sekolah ada belajar tentang kekufuran Syiah.

Anak perempuannya kata tak belajar kerana dalam buku teks tak ada pasal Syiah.

Kawan Melayu Stampin kata dia tak kisah anak perempuannya sokong PAS tapi yang pasti bukan PAS sekarang yang ramai pengikut Syiah!

“Selagi PAS tak tendang keluar pengikut Syiah, selagi itu la PAS jangan nak mimpi nak menang kat Sarawak!” kata kawan Melayu Stampin kepada Melayu Stampin.

Ingat PAS, ingat Syiah, kata kawan Melayu Stampin!
_____
p/s Jabatan Agama Islam Sarawak kena turun padang! Jenguk sekolah-sekolah. Beri ceramah agama. Lupakan dulu aktiviti-aktiviti glamer bersama pak menteri. Pantau aqidah anak-anak muda di sekolah.

Bila mereka dah tamat persekolahan, bukan mudah nak sampaikan maklumat-maklumat penting berkaitan Syiah. Memang banyak posting anti-Syiah kat internet, tapi bukan semua anak-anak muda berminat nak baca.

Apa yang JAIS perlu lakukan ialah masukkan pendirian anti-Syiah secara paksa dalam minda anak-anak muda melalui ceramah-ceramah walaupun mereka tak ambil peduli!

Insya-Allah, bila mereka dah matang, mereka akan menghargai apa yang telah diceramahkan kepada mereka!

Pada masa yang sama, pihak yang berkenaan patut pantau ustaz-ustaz yang mungkin cuba serap fahaman Syiah melalui PAS.

Budak-budak sekolah bukannya baca cerita-cerita politik! Mesti ada hantu-hantu kat sekolah yang cuba mensyiahkan budak-budak sekolah.

Ingat PAS, ingat Syiah !

Advertisements

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya bersetuju menerima keputusan pilihan raya umum ke 13 (PRU13), dan sekali gus memberikan isyarat kesediaannya untuk berdialog dengan kerajaan.

Dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56, Anwar berkata, Pakatan Rakyat bersedia menerima keputusan PRU-13 dan turut mencadangkan pertemuan segera diadakan dengan BN bagi membincangkan masalah negara.

“Titik pertemuan BN dan Pakatan perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok.

“Kami cadangan dialog terbuka secara telus dan kondusif,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Anwar bagaimanapun berkata cadangannya supaya dialog diadakan bukan kesediaan Pakatan untuk memulakan rundingan perpaduan dengan kerajaan.

Continue reading

Rakan-rakan FB Melayu Stampin telah membuat ‘postings’ meminta maaf kepada YB Daud kerana telah mengkritik YB Daud apabila beliau dilihat sebagai memandang ringan terhadap keperluan untuk mengeluarkan fatwa bagi membendung ajaran Syiah di Sarawak.

Persoalan dalam benak fikiran Melayu Stampin dan rakan-rakan FB ialah, siapa yang patut dipersalahkan apabila kenyataan YB Daud telah ‘disalahtafsir’?

Pihak yang membuat laporan?

Continue reading

“…mengekang pengaruh fahaman Syiah daripada tersebar luas di negeri ini.”

Adakah ini bermakna ada kesilapan bila dikatakan fahaman Syiah tiada di Sarawak?

August 26, 2013, Monday

KUCHING: Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Sarawak (PUMCS) menggesa pihak berkuasa agama di negeri ini mengambil langkah proaktif bagi mengekang pengaruh fahaman Syiah daripada tersebar luas di negeri ini.

Continue reading

Remaja perempuan lapor polis diintai datuk ketika mandi

August 20, 2013

MIRI: Seorang remaja perempuan tampil membuat laporan polis dengan mendakwa diintai oleh datuknya ketika mandi.
Menurut sumber, ketika kejadian jam 2 petang, 17 Ogos lalu, remaja berusia 13 tahun itu mendakwa sedang mandi di bilik mandi rumahnya yang terletak di kawasan Pujut Corner di sini.

Ketika sedang mandi di bilik mandi yang terletak di tingkat bawah rumahnya yang diperbuat daripada kayu, dia mendapati ada seseorang sedang mengintainya menerusi satu lubang kecil.

Setelah diamati, mangsa mendapati orang yang mengintainya adalah datuknya sendiri yang berusia 66 tahun.

Continue reading