sampai bila dap pkr pas

PULAU PINANG 27 Julai – Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat cuba berdolak-dalik berhubung dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memberi kerjasama mengenai siasatan kes doktor Cina bersikap perkauman terhadap pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan di negeri ini dengan memberi alasan tiada ‘kuasa’ untuk mencampuri pengurusan hospital kerajaan.

Guan Eng mendakwa, isu berkenaan boleh diselesaikan sekiranya Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya sanggup menyerahkan kuasa hospital kerajaan di negeri ini kepada pihaknya.

“Atas sebab itu, saya ingin menjemput Hilmi ke pejabat saya pada hari Rabu ini supaya beliau dapat tunjukkan bukti bahawa saya pernah berjanji secara lisan untuk menyerahkan laporan kes berkenaan kepada Kementerian Kesihatan.

“Mungkin dalam pertemuan itu kelak boleh dibincangkan mengenai perkara ini atau serahkan kuasa pentadbiran hospital awam di negeri ini kepada kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Hilmi mendakwa Guan Eng pernah berjanji secara lisan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam bahawa beliau akan menyerahkan laporan berkenaan kepada kementerian setelah isu berkenaan dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Isu doktor rasis mula timbul apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin mendedahkan terdapat pesakit Melayu yang mendapat layanan buruk daripada seorang doktor berbangsa Cina sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam DUN.

Terbaharu, Roslan tampil dalam sidang akhbar bersama beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang bagi membuktikan kejadian itu benar-benar berlaku.

Mengulas lanjut, Guan Eng menyifatkan dakwaan Hilmi sebagai mengejutkan kerana beliau tidak pernah berjanji secara lisan untuk memberi maklumat.

“Selain itu, kami tiada kuasa untuk siasat hal di hospital kerajaan kerana ia membabitkan bidang kuasa mereka,” katanya. –Sumber

Advertisements