Melayu Stampin mendapat idea untuk menulis artikel ini setelah membaca luahan kebengangan seorang insan terhadap wanita yang memakai tudung tetapi masih melakukan maksiat.

Bukan tujuan Melayu Stampin untuk membela kemungkaran. Sekiranya benar apa yang diperkatakan, maka Melayu Stampin setuju bahawa ianya tidak wajar untuk dilakukan; tanpa mengira wanita yang melakukan maksiat tersebut bertudung ataupun tidak.

Salah tetap salah!

Tetapi pada masa yang sama Melayu Stampin ingin mengucapkan terimakasih kepada wanita yang bertudung ataupun menutup aurat kerana apa yang anda telah lakukan telah membantu lelaki mengelakkan diri dari mendapat dosa atas sebab melihat aurat wanita.

Semoga ALLAH swt memberi lebih banyak hidayah kepada anda semua dan mengampunkan semua dosa-dosa anda semua – walaupun anda sendiri tidak menyedari kebaikkan yang telah anda lakukan kepada lelaki bukan mahram. Aameen.

“Wanita itu adalah aurat. Jika dia keluar maka setan akan memperindahnya di mata laki-laki.” [Hadis hasan gharib – Tirmidzi]

Advertisements