Tak logik jika beranggapan Sarawak bebas 100% dari penyebaran ajaran Syiah dan tiada penganut Syiah.

Melayu Stampin berpendapat apabila rakyat Sarawak tidak memahami maksud Syiah, ianya bukan petanda baik, tapi suatu masalah kerana mereka akan beranggapan kepercayaan Syiah (seperti Imam 12) tidak menyalahi ajaran Islam.

Melayu Stampin pernah membaca buku yang secara terang-terang mengaku mengikut Ahlu Sunnah Wal Jama’ah tetapi tak sampai dua muka surat, buku tersebut sudah mula menyebar kepercayaan Syiah.

Sekiranya masyarakat Islam tidak dibekalkan dengan ilmu mengenai kepercayaan Syiah, bagaimana kita hendak membenteras kepercayaan Syiah?

Melayu Stampin amat berharap pihak berkuasa agama Sarawak tidak memandang remeh isu penyebaran ajaran Syiah (dan juga Wahabi).

Mengulas mengenai perkara sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman pada majlis berasingan berkata, Sarawak adalah bebas daripada anasir serta penyebaran ajaran Syiah kerana perpaduan masyarakat Islam di sini adalah amat baik.

Beliau berkata, pihaknya yakin Sarawak langsung tidak mempunyai penganut ajaran Syiah dan negeri ini adalah 100 peratus bebas daripada penyebaran ajaran tersebut.

“Kebanyakan rakyat Sarawak langsung tidak memahami maksud Syiah dan ia merupakan petanda baik,” ujar Daud ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan di Masjid At-Taqwa di Kampung Pinang Jawa, semalam.

Baru-baru ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa agar semua negeri mewartakan fatwa anti-Syiah dalam usaha membanteras penularan fahaman tersebut di kalangan masyarakat di negara ini.

Negeri Kedah merupakan negeri yang pertama melaksanakan fatwa anti-Syiah setelah KDN mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang berkuat kuasa kelmarin.

“Perpaduan masyarakat Islam di Sarawak adalah begitu baik sekali dan langsung tiada laporan mengenai anasir dari luar yang cuba atau sedang menyebarkan ajaran Syiah di sini.

“Adalah lebih baik jika rakyat di negeri ini tidak mengetahui mengenai ajaran Syiah kerana jika diketahui ia pasti menimbulkan isu dan berkemungkinan memecahbelahkan masyarakat,” jelas Daud.

Namun begitu, beliau memberitahu perkara tersebut akan tetap dikaji serta dibawa ke peringkat kabinet untuk dibincangkan sama ada terdapat keperluan untuk melaksanakan fatwa anti- Syiah.

“Semua isu halal dan haram serta pewartaan mesti dibawa untuk perbincangan di peringkat kabinet sebelum keputusan untuk melaksanakan sesuatu fatwa atau tidak diumumkan.

“Kita akan melihat terlebih dahulu bagaimana negerinegeri di Semenanjung melaksanakan fatwa tersebut sebelum membuat keputusan,” tambah Daud.

Beliau turut memberitahu, ia tidak bermakna kerajaan negeri tidak bersetuju dengan pelaksanaan fatwa anti- Syiah oleh negeri lain kerana Sarawak langsung tidak berdepan isu terbabit.

“Isu ajaran Syiah langsung tidak relevan di Sarawak jika dibandingkan dengan negerinegeri lain di Semenanjung di mana isu tersebut merupakan isu panas.

“Apa yang penting Sarawak adalah bebas daripada penyebaran serta anutan ajaran Syiah dan kita mahu ia kekal begitu,” kata Daud. –Sumber

Artikel Berkaitan: 2 pemimpin kanan PAS dikenalpasti sebagai pendokong Syiah?

Advertisements