Please be a member of Supreme Council of UMNO.

“Mereka yang berminat bertanding MT, bahagian dan sayap pergerakan parti boleh mendaftar sebagai calon di Badan Perhubungan UMNO negeri pada 7 September ini.” -Datuk Seri Najib Tun Razak

PUTRAJAYA 27 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata proses pemilihan baharu UMNO akan mengguna pakai kaedah seperti pilihan raya bagi memilih pucuk pimpinan parti.

“Kita akan buat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kita ada jawatankuasa pemilih untuk pusat, jawatankuasa pemilih untuk negeri. Negeri akan jaga untuk bahagian-bahagian. Pusat akan jaga untuk jawatan pusat.

“Semua kertas undi akan disediakan oleh ibu pejabat dan diagihkan. Mereka akan pangkah seperti pilihan raya. Tetapi SPR tidak hadir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Rakan Muda Ramadan Khatam al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Mei lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kaedah pelaksanaan pemilihan masih diperincikan sama ada secara angkat tangan, biometrik, dakwat kekal atau kaedah lain.

Pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam Najib mengumumkan pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini. –BERNAMA

Advertisements