RUKUN PUASA

1) Niat di dalam hati , niat ini diwajibkan pada tiap-tiap malam, kerana ibadat puasa pada tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan adalah perbuatan yang terpisah di antara hari dengan hari yang lain .

Sebagaimana Hadis Nabi SAW :

من لم يجمع الصوم قبل الفجر فلا صيام له

Maksud : Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tiada puasa baginya .

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Asbus Sunan)

2,3) Menahan diri daripada makan dan minum atau memasukkan sesuatu pada rongga tubuh badan dengan niat serta di dalam keadaan sedar bahawa ianya sedang berpuasa walaupun sedikit bermula daripada keluar fajar sehingga tenggelam matahari .

4) Menahan diri daripada melakukan persetubuhan atau mengeluarkan mani dengan tangan ( Onani ) dan sebagainya .

Firman Allah Taala :

فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

Yang bermaksud : Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.

[Surah Al-Baqarah, Ayat : 187]

Sekiranya makan minum secara tidak sengaja tidak membatalkan puasa berdasarkan kepada hadis nabi SAW :

‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ‏ : عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

Dari Abi Hurairah R.A, Sabda Rasulullah S.A.W : ” Siapa yang lupa bahwa ia berpuasa, lalu ia makan atau minum(kemudian dia ingat), maka hendaklah dia sempurnakan puasanya, maka sesungguhnya Allah telah memberi makan dan minum kepadanya.

(Hadits riwayat Muslim.)

5) Menahan diri daripada memuntahkan makanan dengan segaja , kalau sekiranya seseorang itu muntah dengan tidak sengaja tidak batal puasanya .

Sabda Rasulullah s.a.w:

من ذرعه القئ – غلبه – وهو صائم فليس عليه قضاء ومن استقاء فليقض

Maksudnya : Sesiapa yang terpaksa muntah, tidaklah wajib mengqada’ puasanya dan sesiapa yang sengaja muntah, maka hendaklah dia mengqada’ puasanya.

(Diriwayat oleh Ashabus Sunan)

Sumber

Advertisements