anti

Penganjur Miss Malaysia World batal penyertaan 4 gadis Islam

KUALA LUMPUR 20 Julai – Penganjur Pertandingan Miss Malaysia World 2013 membatalkan penyertaan empat gadis Islam yang terpilih antara 20 finalis pertandingan yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.

Penganjur, Datuk Anna Lim memaklumkan bahawa beliau membuat keputusan itu kerana akur dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang menyatakan haram bagi wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik.

Empat gadis tersebut ialah Kathrina Ridzuan, 23; Miera Sheikh, 19; Wafa Johanna de Korte, 19, dan Sara Amelia Muhamad Bernard, 20. – UTUSAN ONLINE

Advertisements